Skip to main content

Dunia

Beberapa individu cedera dalam perlanggaran dua tren berkelajuan tinggi di Sepanyol

Dua individu di stesen kereta api Madrid sedang duduk di bawah papan pemberitahuan elektronik yang memaparkan mesej mengenai gangguan perkhidmatan kereta api laju di laluan Madrid-Andalusia. - Reuters
Dua individu di stesen kereta api Madrid sedang duduk di bawah papan pemberitahuan elektronik yang memaparkan mesej mengenai gangguan perkhidmatan kereta api laju di laluan Madrid-Andalusia. - Reuters

Advertisement

MADRID: Beberapa individu dilaporkan cedera dalam perlanggaran membabitkan dua tren berkelajuan tinggi di Sepanyol, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik perkhidmatan kecemasan 112 pada Rabu.

Menurut laporan media, kemalangan itu berlaku sejurus sebelum 9 pagi (0800 GMT) antara bandar Urda dan Orgaz di wilayah Toledo, tengah Sepanyol.

Sumber daripada agensi rangkaian kereta api ADIF memberitahu media tempatan bahawa sebuah tren berkelajuan tinggi menghentam bahagian belakang sebuah lagi tren ketika kedua-duanya menuju ke selatan, ke arah Andalusia.

Stesen penyiar RTVE melaporkan bahawa dua gerabak daripada sebuah tren itu terhumban ke bawah tebing. Punca perlanggaran itu pada awalnya belum dapat dipastikan.

Sebuah daripada tren itu dikendalikan oleh syarikat kereta api milik kerajaan, Renfe, manakala sebuah lagi oleh pengendali swasta, Iryo.

ADIF memaklumkan bahawa perkhidmatan tren antara Madrid dan Andalusia dihentikan bagi kedua-dua arah.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement