Skip to main content

Malaysia

Semua sekolah di Selangor beroperasi esok

Semua murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, terutamanya mereka yang sensitif terhadap jerebu. - Gambar fail/Bernama
Semua murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, terutamanya mereka yang sensitif terhadap jerebu. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Semua sekolah di Selangor akan beroperasi seperti biasa pada 29 Oktober, menurut Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
  • Ibu bapa yang bimbang kesihatan anak dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah, tetapi perlu memaklumkan kepada pihak sekolah.
  • Murid digalakkan memakai pelitup muka dan semua pihak diminta memantau kualiti udara serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

SHAH ALAM: Semua sekolah di Selangor akan beroperasi seperti biasa esok (29 Okt).

Menerusi satu kenyataan hari ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memaklumkan susulan itu, semua pihak perlu terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah.

“Semua murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, terutamanya mereka yang sensitif terhadap jerebu.

“Untuk itu, pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa memantau perkembangan kualiti udara serta mematuhi arahan dan langkah berjaga-jaga yang ditetapkan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah, tetapi perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

“Sebarang perkembangan terkini akan disampaikan melalui saluran rasmi jabatan dan pihak sekolah,” menurut JPN Selangor.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement