Skip to main content

Malaysia

Kualiti udara seluruh negara kekal baik, sederhana petang ini

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 44 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana manakala 24 lagi berada pada tahap baik. - Foto Bernama
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 44 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana manakala 24 lagi berada pada tahap baik. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kualiti udara di seluruh negara kekal baik dan sederhana petang ini, tanpa sebarang kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat.
  • Menurut APIMS, 44 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana manakala 24 kawasan berada pada tahap baik setakat petang ini.
  • Batu Muda merekodkan bacaan IPU tertinggi pada 85, diikuti Pasir Gudang (83) dan Batu Pahat (80).

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara kekal baik dan sederhana petang ini, dengan tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 44 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana manakala 24 lagi berada pada tahap baik.

Setakat petang ini, Batu Muda di sini merekodkan bacaan IPU tertinggi pada 85, diikuti Pasir Gudang, Johor (83) dan Batu Pahat, Johor (80).

Antara kawasan lain yang mencatat bacaan sederhana ialah Larkin (79), Kluang (78), Samalaju (75), Sri Aman (73), Seremban dan Kota Tinggi masing-masing 71, serta Pengerang dan Tangkak masing-masing 69.

Seberang Perai dan Rompin pula masing-masing merekodkan bacaan 66, Bintulu dan Kuching (65), Bandaraya Melaka, Keningau dan Samarahan (63), serta stesen di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (62).

Tasek Ipoh dan Johan Setia masing-masing mencatat bacaan 61, manakala Shah Alam, Klang dan Balok Baru di Kuantan merekodkan 60. Banting, Nilai, Alor Gajah, Bukit Rambai dan Segamat pula masing-masing mencatat 59.

Kawasan lain yang merekodkan bacaan sederhana ialah Kapit, Sibu dan Sarikei (58), Cheras, Kemaman dan Miri (57), Seri Manjung (56), Putrajaya (55), Tawau, Politeknik Kota Kinabalu, Sandakan, Limbang dan Mukah (54), Petaling Jaya (53) serta Port Dickson (52).

Sementara itu, bagi kawasan dengan kualiti udara pada tahap baik, Pegoh Ipoh, Perak merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 46, diikuti Paka, Terengganu (45), Indera Mahkota, Pahang (43), serta Kimanis, Sabah, Labuan dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak (42).

Kawasan lain yang berada pada tahap baik ialah Temerloh (39), Kuala Selangor (37), Seberang Jaya (36), Kota Kinabalu (35), Kuala Terengganu (34), Sungai Petani (33), Minden dan Tanjung Malim (31), serta Besut (29).

Kota Bharu merekodkan bacaan 27, diikuti Kangar dan Jerantut masing-masing 26, Taiping (25), Alor Setar (24), Kulim Hi-Tech (23), Balik Pulau (22), Tanah Merah (21) dan Langkawi (17).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement