awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedah pesakit ketika hospital terbakar

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2021
23:06 MYT
Bedah pesakit ketika hospital terbakar
Sepasukan doktor di Rusia berjaya melakukan pembedahan jantung terbuka walaupun ketika itu hospital berkenaan sedang marak terbakar. -Reuters
MOSCOW: Sepasukan doktor di Rusia berjaya melakukan pembedahan jantung terbuka walaupun ketika itu hospital berkenaan sedang marak terbakar.
Kira-kira 60 pesakit turut dipindahkan daripada bangunan hospital berbumbung kayu dalam kejadian pada Jumaat, di bandar Blagoveshchensk.
Menurut Ketua Unit Pembedahan Kardiovaskular, Valentin Filatov, pembedahan itu terpaksa diteruskan walaupun berdepan keadaan kritikal bagi menyelamatkan nyawa pesakit.
Pasukan bomba berhempas-pulas mengawal kebakaran tersebut yang dipercayai berpunca daripada masalah elektrik.
Kementerian Kecemasan di wilayah Amur memaklumkan bekalan elektrik yang disambungkan kepada bilik pembedahan itu menggunakan kabel berasingan dan anggota bomba juga memastikan asap tidak memasuki ruang tersebut.
Difahamkan, pesakit terbabit segera dipindahkan ke hospital lain sejurus prosedur itu selesai.
Pihak berkuasa juga berjanji untuk memberikan anugerah kepada kumpulan doktor terbabit yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi untuk menyelamatkan pesakit tersebut.
Topic Berkaitan
#Pembedahan
#hospital terbakar
#Blagoveshchensk
#pembedahan jantung terbuka
#Valentin Filatov
#bomba
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan