awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan makanan di Gaza semakin kritikal - Jurucakap PBB

Bernama
Bernama
24/04/2025
08:00 MYT
Bekalan makanan di Gaza semakin kritikal - Jurucakap PBB
Bekalan makanan di Gaza berada pada tahap kritikal, dengan kes kekurangan zat makanan meningkat pantas. -Gambar fail/AP
NEW YORK: Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata operasi bantuan kemanusiaan PBB di Gaza hanya boleh dijalankan mengikut prinsip kemanusiaan, berkecuali dan bebas, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Operasi bantuan kemanusiaan PBB di Gaza hanya boleh dijalankan mengikut prinsip kemanusiaan, berkecuali, dan bebas.
  • Bekalan makanan di Gaza berada pada tahap kritikal, dengan kes kekurangan zat makanan meningkat pantas.
  • Keadaan hidup di Gaza amat dahsyat, dan PBB menggesa negara-negara anggota yang berpengaruh untuk memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan semula.

Beliau memberikan kenyataan itu sebagai respons kepada laporan bahawa Menteri Pertahanan Israel, Yisrael Katz menyatakan dalam mesyuarat Kabinet Keselamatan pada Selasa bahawa bantuan di Gaza akan diagihkan oleh tentera atau syarikat Amerika.
"Operasi kemanusiaan PBB di Gaza atau di mana-mana sahaja hanya boleh dilaksanakan selaras dengan prinsip kemanusiaan, berkecuali dan bebas," tegasnya.
Dujarric turut memaklumkan bahawa bekalan makanan di seluruh Gaza kini berada pada tahap "amat kritikal," dan kes kekurangan zat makanan sedang meningkat dengan pantas.
Beliau menyifatkan keadaan hidup di Gaza sebagai "amat dahsyat", dengan 75 peratus penduduk terdedah kepada sisa buangan dan kumbahan yang membawa kepada masalah kesihatan serius.
Dujarric menggesa negara-negara anggota yang berpengaruh agar mengambil langkah perlu bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan semula ke Gaza dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
#PBB
#Stephane Dujarric
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan