Skip to main content

Dunia

Bekas ahli politik, novelis Britain Jeffrey Archer meninggal dunia

Beliau menempa kejayaan sebagai novelis dan dilantik sebagai bangsawanan seumur hidup pada 1992. - Foto REUTERS
Beliau menempa kejayaan sebagai novelis dan dilantik sebagai bangsawanan seumur hidup pada 1992. - Foto REUTERS

Advertisement

LONDON: Bekas ahli politik dan penulis Britain Jeffrey Archer meninggal dunia pada usia 86 tahun, menurut penerbitnya dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor PA Media/dpa.

Archer, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Parti Konservatif selama lima tahun sebelum berkhidmat sebagai timbalan pengerusi parti itu, meninggal dunia dengan tenang di kediamannya pada Isnin, menurut syarikat penerbitan HarperCollins.

Beliau menempa kejayaan sebagai novelis dan dilantik sebagai bangsawanan seumur hidup pada 1992.

Kerjaya politiknya terhenti pada 2001 selepas beliau dipenjarakan selama empat tahun kerana sumpah bohong dan menghalang proses keadilan.

Beliau dibebaskan lebih awal pada 2003 dan kembali ke Dewan Pertuanan sehingga bersara pada 2024.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement