awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas juruaudit terkenal Mesir cedera parah dalam cubaan culik

Agensi
Agensi
27/01/2018
21:39 MYT
Bekas juruaudit terkenal Mesir cedera parah dalam cubaan culik
Hesham Genena cedera parah dalam cubaan penculikan di luar kediamannya di pinggir bandar Kaherah pada Sabtu. - Gambar fail AP
BEKAS juruaudit terkenal Mesir, Hesham Genena cedera parah dalam cubaan penculikan di luar kediamannya di pinggir bandar Kaherah pada Sabtu, kata peguam.
Selain bekas juruaudit terkenal Mesir, Genena juga merupakan ahli utama kempen pembangkang terhadap Presiden Abdel Fattah el-Sisi.
Peguam Genena, Ali Taha dan Tareq el-Awady, memberitahu tiga lelaki bersenjatakan pisau melulu keluar dari dua buah kereta lalu menyekat laluan kenderaan Genena di luar rumahnya di pinggir bandar Kaherah.
Kumpulan lelaki itu memaksa Genena untuk masuk ke kereta mereka tetapi dihalang oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Ekoran itu, Genena mengalami kecederaan di muka dan kaki.
Menurut peguam Genena lagi, kecederaannya adalah serius, tetapi tidak mengancam nyawa.
Manakala sumber keselamatan menyebut, suspek dan Genena kini disoal siasat polis.
Sisi memecat Genena sebagai Ketua Pertubuhan Pengauditan Pusat (CAO) Mesir pada 2016 selepas dia melaporkan bahawa puluhan bilion dolar telah hilang akibat rasuah kerajaan.
Genena dilantik sebagai Ketua CAO pada tahun 2012 oleh bekas Presiden Mohamed Morsi. Morsi digulingkan oleh Sisi pada bulan Julai 2013.
Topic Berkaitan
#Abdel Fattah el-Sisi
#Hesham Genena
#juruaudit
#Kaherah
#kerajaan
#Mesir
#Mohamed Morsi
#pembangkang
#Rasuah
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan