awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ketua keselamatan, John Lee, diisytihar sebagai pemimpin baharu Hong Kong

Agensi
Agensi
08/05/2022
07:52 MYT
Bekas ketua keselamatan, John Lee, diisytihar sebagai pemimpin baharu Hong Kong
John Lee akan mula berkhidmat pada 1 Julai, sempena ulang tahun ke-25 penyerahan semula Hong Kong kepada China daripada Britain. - AP
HONG KONG: Bekas ketua keselamatan yang pernah mengendalikan kekecohan sewaktu gerakan demokrasi Hong Kong telah diisytihar sebagai ketua pemimpin baharu bagi bandar raya hab bisnes tersebut.
Media tempatan melaporkan, perkara itu diumumkan oleh sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada penyokong setia pentadbiran Beijing.
John Lee, 64, merupakan satu-satunya calon dalam persaingan tunggal yang disokong Beijing, untuk menggantikan Carrie Lam yang bakal melepaskan jawatan itu.
Pelantikannya itu dilihat sebagai kali pertama seorang pegawai keselamatan menduduki kerusi nombor satu bagi bandar raya tersebut, selepas beberapa tahun Hong Kong dalam situasi kegelisahan politik dan kendalian kawalan pandemik yang goyah.
Meskipun Hong Kong memiliki perlembagaan 'mini' yang menjajikan hak untuk mengundi dalam pilihan raya politik, kota itu tidak pernah dapat mengamalkan dasar demokrasi, sekali gus menjadi sebab kekecewaan awam selama bertahun-tahun serta bantahan sejak tahun 1997.
Sebaliknya, pemimpin Hong KOng dipikuh oleh 'jawatankuasa pilihan raya' yang kini terdiri daripada 1,461 orang iaitu sekitar 0.02 peratus daripada populasinya.
Selepas sesi membuang undi rahsia pada Ahad, 99 peratus (1,416 ahli) mengundi Lee manakala lapan yang lain menentang.
"Saya mengisytiharkan calon tunggal, John Lee Ka-chiu, sebagai penyandang jawatan ini. Tahniah," ujar Hakim Keith Yeung Kar-hung.
John Lee akan mula berkhidmat pada 1 Julai, sempena ulang tahun ke-25 penyerahan semula Hong Kong kepada China daripada Britain.
Topic Berkaitan
#john lee
#pemimpin hong kong
#Carrie Lam
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan