BELGRADE (Serbia): Bekas menteri pembangunan ekonomi Montenegro, Jakov Milatovic memenangi pemilihan presiden pada Ahad selepas memperoleh 58.9 peratus undian, lapor Agensi Anadolu memetik keputusan awal.
Milatovi, 36, menewaskan penyandang jawatan Presiden Milo Djukanovic yang sekadar memperoleh 41.1 peratus undi.
Beliau yang merupakan ahli kumpulan Europe Now yang baru ditubuhkan, berikrar untuk meningkatkan taraf hidup, mengukuhkan hubungan dengan Kesatuan Eropah dan memulihkan hubungan dengan Serbia.
Dalam ucapan kemenangannya, beliau berkata Montenegro akan mengambil langkah tegas dan meninggalkan zaman rejim Milo Djukanovic.
"...selamat tinggal kepada jenayah, rasuah dan kaitan jenayah itu dengan politik dan mengalu-alukan Montenegro yang berjaya," katanya.
Milatovic menceburi arena politik sejak dua tahun lepas sebagai menteri ekonomi dalam kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Zdravko Krivokapic.
Pelaksanaan pembaharuan cukai menjadikan beliau sangat popular dalam kalangan rakyat selain menaikkan gaji minimum dua kali ganda.
Milatovic berkata beliau menyertai politik kerana ketidakadilan yang berlaku ke atas keluarganya ketika rejim Djukannovic.
Para penyokong memenuhi jalan-jalan di Podgorica untuk meraikan kemenangan itu.
Menurut suruhanjaya pilihan raya, seramai 375,853 daripada 542,000 rakyat yang layak mengundi mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini dengan peratusan keluar mengundi meningkat daripada 62.7 peratus pada pusingan pertama kepada 70.4 peratus.
Pilihan raya parlimen di negara Balkan itu akan diadakan pada 11 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Milatovi menewaskan penyandang jawatan Presiden Milo Djukanovic yang sekadar memperoleh 41.1 peratus undi. - Gambar REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bekas menteri ekonomi Jakov Milatovic menang pemilihan Presiden Montenegro
Bekas menteri pembangunan ekonomi Montenegro, Jakov Milatovic memenangi pemilihan presiden pada Ahad selepas memperoleh 58.9 peratus undian, lapor Agensi Anadolu memetik keputusan awal.
Seorang terbunuh, lima cedera dalam letupan di Montenegro
Terdahulu, timbul beberapa laporan palsu berkenaan letupan di ibu kota negara itu sebagai protes terhadap kerajaan.
11 maut dalam tembakan rambang di Montenegro
Serangan tembakan rambang ke arah orang awam, termasuk kanak-kanak, itu dilakukan seorang lelaki berusia 34 tahun.
Montenegro catat dua kes pertama COVID-19
Montenegro memperkenalkan langkah-langkah menyeluruh dalam mengekang pandemik COVID-19, dengan harapan negara itu bebas jangkitan tersebut.
JDT, TFC mula dengan kemenangan 3-1
Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila menewaskan UiTM FC 3-1 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.