awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pakar bedah Perancis dipenjara 20 tahun atas 299 pertuduhan penderaan

Bernama
Bernama
28/05/2025
16:45 MYT
Bekas pakar bedah Perancis dipenjara 20 tahun atas 299 pertuduhan penderaan
Seorang bekas pakar bedah Perancis dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Rabu selepas mengaku mendera 299 pesakit, kebanyakannya kanak-kanak. - Foto REUTERS
PARIS: Seorang bekas pakar bedah Perancis dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Rabu selepas mengaku mendera 299 pesakit, kebanyakannya kanak-kanak, lapor agensi berita Jerman dpa.
Dalam perbicaraan penderaan kanak-kanak terbesar di Perancis, Joel Le Scouarnec, 74, yang telah bersara, mengaku mendera 158 pesakit lelaki dan 141 pesakit perempuan dengan purata umur 11 tahun antara 1989 hingga 2014.
Pendakwa raya menuduh tertuduh memperlakukan mangsanya seperti objek tidak bernyawa tanpa sebarang empati, sambil mengambil kesempatan daripada kedudukannya sebagai doktor.
Beliau sering melakukan penderaan ke atas pesakit yang masih di bawah kesan bius atau kanak-kanak yang tidak mampu mengenal pasti tindakan tersebut sebagai penderaan.
Kes itu mengejutkan Perancis dan menimbulkan persoalan mengapa pihak berkuasa kesihatan tidak dapat menghentikan perbuatannya lebih awal memandangkan beliau pernah dijatuhi hukuman penjara tertangguh pada 2005 kerana kesalahan pornografi kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pakar bedah Perancis
#penjara
#dera pesakit
#Joel Le Scouarnec
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan