BOGOTA: Seorang bekas pegawai Kementerian Kehakiman Haiti dipercayai individu yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan presiden Jovenel Moise, menurut Agensi Berita Xinhua memetik pihak berkuasa Colombia.
"Joseph Feliz Badio, bekas pegawai Kementerian Kehakiman dan bekerja di unit antirasuah memberitahu Duberney Capador (bekas pegawai tentera Colombia) dan German Rivera (bekas ejen tentera Colombia) bahawa apa yang mereka perlu buat ialah bunuh presiden Haiti," kata pengarah Polis Colombia Jeneral Jorge Luis Vargas pada sidang media.
Vargas berkata Badio telah mengarahkan Capador dan Rivera "tiga hari sebelum" arahan itu bukan untuk menahan Moise tetapi membunuhnya.
Pada Khamis, Presiden Colombia Ivan Duque menyatakan bekas anggota tentera yang terbabit dalam pembunuhan itu mesti dihadapkan ke muka pengadilan.
Duque berkata pentadbirannya telah "bekerjasama" dengan pihak berkuasa Haiti untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab ditahan.
Dilaporkan sekumpulan tentera upahan Colombia terlibat dalam pembunuhan Moise di kediamannya di Port-au-Prince minggu lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
Vargas berkata Badio telah mengarahkan Capador dan Rivera "tiga hari sebelum" arahan itu bukan untuk menahan Moise (gambar) tetapi membunuhnya. - Gambar fail
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
FAA larang penerbangan ke Haiti selepas 2 pesawat AS terkena tembakan
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah melarang penerbangan ke dan dari Haiti selama sekurang-kurangnya 30 hari selepas pesawat JetBlue Airways dan Spirit Airlines terkena tembakan.
Alix Didier angkat sumpah perdana menteri baharu Haiti
Alix Didier Fils-Aime mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Haiti pada Isnin, lapor Xinhua memetik The Haitian Times.
Pihak berkuasa Haiti, Kenya tingkat operasi ketenteraan selepas serangan Grand Grif
Pihak berkuasa Haiti dan Kenya meneruskan operasi keselamatan di Pont Sonde di kawasan pertanian Artibonite di barat Haiti, selepas insiden pembunuhan besar-besaran oleh geng Grand Grif pada Isnin.
Perangi samseng, 400 pegawai polis Kenya berlepas ke Haiti ketuai misi PBB
Kontinjen 400 pegawai polis Kenya, kumpulan pertama daripada 1,000 anggota, berangkat dari ibu negara Nairobi awal Selasa untuk ke Haiti, lapor Agensi Anadolu (AA).
Ribut Tropika Franklin landa Republik Dominika, Haiti
Ribut Tropika Franklin mula mendarat di Republik Dominika pada pagi Rabu, di mana ribut itu dijangka membawa hujan lebat dan mengakibatkan banjir ke kebanyakan pulau yang dikongsinya dengan Haiti.
Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.
Keadaan keselamatan, kemanusiaan di Port-au-Prince semakin meruncing - PBB
Keadaan keselamatan dan kemanusiaan di Cite Soleil, di Port-au-Prince, Haiti, berada pada tahap membimbangkan, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban gempa bumi Haiti meningkat kepada 2,248
Pada 14 Ogos, gempa berkekuatan 7.2 pada skala Richter melanda Haiti dan kemudian disusuli ribut tropika.