awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal tahun satu wajar, laluan khas pelajar bersedia
Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar
'Alhamdulillah' - PM sambut positif pengukuhan ringgit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain bola keranjang kebangsaan Palestin maut di Gaza

Bernama
Bernama
20/08/2025
10:15 MYT
Bekas pemain bola keranjang kebangsaan Palestin maut di Gaza
Shaalan disasarkan ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan untuk memberi makan kepada anak-anaknya. - Foto Agensi
GAZA: Bekas pemain pasukan bola keranjang kebangsaan Palestin dan antara bintang bola keranjang paling menonjol di Gaza, Mohammed Shaalan, 40, ditembak mati pada Selasa oleh tentera Israel di Khan Yunis, selatan Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Ringkasan AI
  • Bekas pemain bola keranjang kebangsaan Palestin, Mohammed Shaalan, 40, ditembak mati oleh tentera Israel di Khan Yunis ketika cuba mendapatkan bantuan makanan untuk keluarganya.
  • Shaalan sedang mencari ubat dan makanan untuk anak perempuannya, Mariam, yang menghidap kegagalan buah pinggang dan keracunan darah, di tengah krisis kemanusiaan yang meruncing.
  • Kematian Shaalan menjadikan jumlah korban dalam komuniti sukan Palestin mencecah 670 orang, manakala 288 kemudahan sukan dan pengakap telah dimusnahkan oleh tentera Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, Shaalan disasarkan ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan untuk memberi makan kepada anak-anaknya. Beliau sebelum itu berusaha mencari makanan dan ubat untuk anak perempuannya, Mariam, yang menghidap kegagalan buah pinggang dan keracunan darah yang serius, di tengah-tengah rayuan berulang kali untuk mendapatkan bantuan dan akses kepada rawatan.
Shaalan pernah bermain untuk beberapa kelab bola keranjang tempatan dan juga mewakili Palestin sebagai sebahagian daripada pasukan bola keranjang kebangsaan.
Kematian beliau menjadikan jumlah ahli komuniti sukan Palestin yang terbunuh kepada kira-kira 670 orang. Tentera Israel juga telah memusnahkan 288 kemudahan sukan dan pengakap di seluruh Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pemain bola keranjang Palestin
#Mohammed Shaalan
#ditembak mati Israel
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan