Skip to main content

Dunia

Bekas peserta ‘American Idol’ didakwa bunuh isteri

Sumber: FB Celebrity Today
Flynn mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh, menyerang, dan menganggu bahan bukti ketika prosiding. - Foto Facebook/Celebrity Today

OHIO: Seorang bekas peserta American Idol, Caleb Flynn, 39, telah didakwa di Ohio, Amerika Syarikat kerana menembak mati isterinya dan dipercayai telah memanipulasi lokasi kejadian bagi mengelirukan penyiasat.

Flynn mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh, menyerang, dan menganggu bahan bukti ketika prosiding pada Jumaat.

Advertisement

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak AS$2 juta.

Mangsa, Ashley Flynn, 37, seorang guru ganti dan jurulatih bola tampar sekolah menengah, ditemui mati di rumah mereka di Tipp City selepas polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pecah masuk dan tembakan.

Dua anak pasangan itu berada di dalam rumah ketika kejadian.

Dalam rakaman panggilan 911, Flynn kedengaran panik mendakwa “seseorang memecah masuk dan menembak isterinya beberapa kali di kepala”, namun penyiasat berkata bukti menunjukkan kejadian itu direka untuk kelihatan seperti serangan pecah masuk.

Peguam Flynn berkata anak guamnya “kecewa dengan penyiasatan yang terlalu cepat”, tetapi Ketua Polis Tipp City mempertahankan siasatan itu sebagai “teliti dan berperingkat”.

Dalam kenyataan, keluarga Ashley berkata mereka “hancur dan kehilangan cahaya hidup”, namun yakin polis mengambil langkah yang betul dalam menangkap Flynn.

Ashley digambarkan oleh sekolahnya sebagai pendidik yang disenangi, dikenali kerana “senyuman dan kebaikannya serta kesan positif terhadap para pelajar”. 
 

Must Watch Video