awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Itali Silvio Berlusconi tinggalkan harta pusaka berbilion dolar untuk anak dan rakan

Bernama
Bernama
07/07/2023
07:16 MYT
Bekas PM Itali Silvio Berlusconi tinggalkan harta pusaka berbilion dolar untuk anak dan rakan
Berlusconi meninggal dunia pada usia 86 tahun. - Gambar fail/REUTERS
ROM: Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang meninggal dunia pada Jun lalu, dilaporkan telah meninggalkan harta pusaka bernilai berbilion dolar untuk saudara dan rakan rapatnya.
Mengikut wasiat Berlusconi, dua anak sulungnya Marina dan Pier Silvio bakal mendapat manfaat paling banyak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita ANSA pada Khamis.
Kedua-dua anak hasil perkahwinan pertama Berlusconi, bakal memperoleh 53 peratus kepentingan dalam syarikat induk Fininvest.
Firma itu merupakan pemegang saham utama dalam MediaForEuropa (MFE) yang sebelum ini dikenali sebagai Mediaset dan pemegang saham majoriti penyiar televisyen Jerman ProSiebenSat.1.
Selain itu, Marina dan Pier Silvio turut memperoleh hartanah lain termasuk vila.
Berlusconi meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Tiga anak daripada perkahwinan kedua - Barbara, Eleonara dan Luigi - masing-masing menerima saham dalam Fininvest.
Berlusconi turut mewariskan 100 juta euro (AS$109 juta) setiap seorang kepada pasangannya, Ahli Parlimen Marta Fascina, 33, dan abangnya Paolo.
Marcello dell'Utri yang menjadi orang kepercayaan Berlusconi menerima 30 juta euro.
Dia kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan mafia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Silvio Berlusconi
#Perdana Menteri Itali
#harta pusaka
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan