NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan dilaporkan stabil selepas terkena tembakan di kaki susulan cubaan membunuhnya pada Khamis ketika mengetuai perarakan ke Islamabad.
"Keadaannya stabil. Tekanan darahnya, tanda vital baik. Beliau boleh bercakap," kata Dr Faisal Sultan dari Hospital Shaukat Khanum di Lahore.
Imbasan X-ray dan analisis menunjukkan terdapat serpihan peluru di kakinya dan satu tulang kering retak, kata Dr Faisal.
Imran, 70, diserang di bandar Wazirabad di wilayah Punjab ketika beliau menaiki trak kontena khas bersama-sama pemimpin kanan Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dalam perjalanan ke Islamabad bagi menuntut pilihan raya baharu.
Protes besar-besaran berlaku di kebanyakan bandar termasuk Lahore, Faisalabad, Rawalpindi, Karachi dan Peshawar sebagai sokongan terhadap Imran.
Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Amerika Syarikat, Kanada dan Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.
Ketua Menteri Punjab Chaudhry Parvez Elahi telah mengarahkan siasatan dijalankankan ke atas insiden itu.
Beliau berkata, terdapat dua penyerang di tempat kejadian.
Saksi berkata tembakan yang dilepaskan ke arah kenderaan Imran menggunakan pistol automatik.
Pemimpin PTI mendakwa terdapat konspirasi untuk menghapuskan Imran daripada kancah politik dan bekas perdana menteri itu sendiri telah bercakap secara terbuka mengenai ancaman terhadap keselamatannya.
Seorang suspek kini ditahan polis dan menerusi video yang tular di media sosial lelaki itu mengaku mahu membunuh Imran.
Pemimpin kanan PTI, Zartaj Gul Wazir, memberitahu saluran televisyen Bol orang ramai berang dengan insiden cubaan membunuh Imran itu.
Tujuh orang termasuk rakan Imran, Faisal Javed Khan dan Ahmed Chattha cedera manakala seorang lelaki maut dalam kejadian tembakan itu, menurut laporan media Pakistan.
"Ini serangan ke atas negara Pakistan dan keselamatannya," kata bekas timbalan speaker Dewan Negara Qasim Khan Suri.
Serangan itu turut mencetuskan reaksi dari pemimpin dunia.
"Demokrasi hanya berfungsi apabila kita menggunakan kata-kata bukannya senjata. Tiada pemimpin politik harus menghadapi keganasan atau ugutan. Doa saya mengiringi Imran Khan dan rakyat Pakistan pada masa ini," kata Datuk Bandar London, Sadiq Khan.
"Kerajaan Arab Saudi mengecam cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan," menurut Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan.
"Serangan terhadap @ImranKhanPTI dan penyokongnya sama sekali tidak boleh diterima, dan saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan ini. Ia tidak mempunyai tempat dalam politik, dalam mana-mana sistem demokrasi atau dalam masyarakat kita," kata Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.
Sambil mengutuk serangan itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken menggesa parti politik Pakistan tidak bertelagah.
OIC dalam satu kenyataan mengecam insiden itu dan mengulangi pendirian 57 negara anggota pertubuhan itu terhadap semua bentuk keganasan, ekstremisme dan keganasan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022

Imran Khan dibawa keluar selepas ditembak di kaki di Wazirabad, Pakistan, 3 Nov 2022. Foto dari video Urdu Media melalui REUTERS

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Andaian PH tidak dapat dukungan pengundi Melayu tidak benar - Anwar
Andaian kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat dukungan pengundi Melayu iaitu hanya menerima 19 peratus undian kaum itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 November lepas adalah tidak benar.

Bekas PM Pakistan Imran Khan umum partinya akan berundur daripada dewan undangan
Pemimpin PTI Pakistan itu kelihatan bersemangat walaupun kecederaan pada kaki kanannya akibat ditembak masih belum pulih sepenuhnya.

Imran Khan batal tunjuk perasaan ke Islamabad
Imran Khan membatalkan perarakan protes bantahannya ke Islamabad kerana bimbang ia akan menyebabkan kekecohan di negara itu.

Bekas PM Pakistan Imran Khan stabil selepas selamat daripada cubaan bunuh
Imbasan X-ray dan analisis menunjukkan terdapat serpihan peluru di kakinya dan satu tulang kering retak.

Penyokong Imran Khan lancar protes
Kejadian terbaharu ini menimbulkan kebimbangan tentang ketidakstabilan politik yang semakin meningkat di Pakistan.

Bekas PM Pakistan, Imran Khan ditembak
Menurut media tempatan, beliau mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut dan telah dikejarkan ke hospital.

Wartawan maut digilis trak bekas PM Pakistan ketika buat liputan
Mangsa yang terjatuh ke atas jalan raya kemudian digilis roda trak menyebabkan kecederaan parah di kepalanya.

Bekas PM Pakistan Imran Khan ketuai perarakan ke Islamabad
Imran dan partinya PTI menggerakkan orang ramai untuk menuntut pilihan raya umum lebih awal.

Imran Khan fail petisyen cabar keputusan suruhanjaya pilihan raya
Imran Khan dilucutkan kelayakan di bawah undang-undang Pakistan daripada memegang jawatan awam selama lima tahun dan kehilangan kerusinya di Parlimen secara automatik.

Imran Khan menang besar dalam pilihan raya kecil Pakistan
Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menang enam daripada tujuh kerusi Parlimen yang ditandinginya pada pilihan raya kecil pada Ahad.

Mahkamah Pakistan gugur kes hina mahkamah Imran Khan
Mahkamah Pakistan pada Isnin melepaskan bekas perdana menteri Imran Khan daripada pertuduhan menghina berhubung kenyataan kontroversinya mengenai seorang hakim.