awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
Pendidikan awal: KPM jamin tiada penolakan pendaftaran murid, tumpu persiapan maksimum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra dapat pengampunan diraja

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2024
10:20 MYT
Bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra dapat pengampunan diraja
Pembebasan Thaksin sepatutnya tamat pada akhir bulan ini dan penamatan lebih awal merupakan sebahagian daripada pengampunan diraja am untuk banduan berkelakuan baik. - Gambar fail/ AP
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilapor menerima pengampunan diraja dan tempoh parol akan berakhir esok.

Ringkasan AI
  • Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilapor menerima pengampunan diraja dan tempoh parol akan berakhir esok.
  • Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Winyat Chartmontri yang memaklumkan bahawa pengampunan diraja tersebut juga untuk 7,500 banduan lain.
  • Thaksin yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara itu pada 2001 sehingga 2006 pernah disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan.

Menurut Reuters, perkara itu disahkan oleh peguamnya, Winyat Chartmontri yang memaklumkan bahawa pengampunan diraja tersebut juga untuk 7,500 banduan lain.
Sebelum ini, pembebasan Thaksin sepatutnya tamat pada akhir bulan ini dan penamatan lebih awal merupakan sebahagian daripada pengampunan diraja am untuk banduan yang berkelakuan baik.
Ia sempena ulang tahun Raja Maha Vajiralongkorn pada bulan lepas.
Thaksin yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara itu pada 2001 sehingga 2006 pernah disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan.
Susulan itu, beliau dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan kemudian dipendekkan kepada satu tahun oleh mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.
Beliau yang berusia 74 tahun kembali ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan.
Taikun perniagaan itu, yang parti keluarganya, Pheu Thai, yang mengetuai kerajaan semasa telah diberikan parol walaupun tidak menghabiskan satu malam pun di penjara.
Pada Jumaat, anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra, 37, diangkat sebagai Perdana Menteri yang baharu oleh Ahli Parlimen Thailand menggantikan Srettha Thavisin setelah Mahkamah Perlembagaan melucutkan jawatan Perdana Menteri Thailand ke-30 itu.
Ia selepas Thavisin didapati bersalah melanggar etika kerana melantik seorang individu yang pernah menjalani hukuman penjara, sebagai menteri dalam kabinetnya.
Topic Berkaitan
#Thaksin Shinawatra
#Thailand
#Pengampunan Diraja
#politik thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan