awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital

Bernama
Bernama
23/08/2023
06:01 MYT
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital
Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok. -Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke Police General Hospital untuk menjalani rawatan susulan masalah kesihatan yang dihidapinya.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Sitthi Sutivong berkata Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok.
Selepas mempertimbangkan rekod perubatannya, doktor berpendapat Thaksin perlu mendapatkan rawatan di hospital yang dilengkapi peralatan perubatan yang lebih baik.
"Thaksin dibawa ke Police General Hospital pada 12.20 pagi (waktu tempatan) pada Rabu. Kakitangan penjara turut ditempatkan selaras dengan peraturan Jabatan Pemulihan," katanya.
Thaksin, 74, kembali ke Thailand pada Selasa selepas 15 tahun hidup dalam buangan.
Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada bekas perdana menteri itu.
Sementara itu, pihak hospital berkata penyakit Thaksin memerlukan rawatan segera.
"Thaksin tiba di hospital kira-kira 1 pagi (waktu tempatan) pada Rabu," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thaksin Shinawatra
#Bekas PM Thailand
#dimasukkan ke Hospital
#masalah kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan