awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM, TPM Korea Selatan dihalang keluar negara

Bernama
Bernama
27/05/2025
09:17 MYT
Bekas PM, TPM Korea Selatan dihalang keluar negara
Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo dan bekas Timbalan Perdana Menteri Choi Sang Mok telah dihalang keluar negara susulan siasatan berterusan berhubung dakwaan cubaan pemberontakan melibatkan bekas Presiden Yoon Suk Yeol. - Foto REUTERS
SEOUL: Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo dan bekas Timbalan Perdana Menteri Choi Sang Mok telah dihalang keluar negara susulan siasatan berterusan berhubung dakwaan cubaan pemberontakan melibatkan bekas Presiden Yoon Suk Yeol.

Ringkasan AI
  • Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo dan bekas Timbalan Perdana Menteri Choi Sang Mok dikenakan larangan keluar negara susulan siasatan cubaan pemberontakan melibatkan bekas Presiden Yoon Suk Yeol.
  • Mereka disiasat berhubung dakwaan cubaan mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember 2024, termasuk kemungkinan membuat kenyataan palsu dalam mesyuarat Kabinet.
  • Polis turut menganalisis rakaman CCTV dari pejabat presiden sebagai sebahagian siasatan, dan bekas Menteri Dalam Negeri Lee Sang Min juga telah dikenakan larangan perjalanan lebih awal.

Larangan keluar negara itu dilaporkan dikeluarkan pada pertengahan Mei, menurut agensi berita Yonhap memetik polis pada Selasa.
Han dan Choi dinamakan sebagai suspek berkaitan cubaan Yoon yang gagal untuk mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember tahun lepas.
Polis berkata kedua-duanya dipanggil pada Isnin, bersama bekas Menteri Dalam Negeri Lee Sang Min untuk disoal siasat yang berlangsung sekitar 10 jam.
Lee telah dikenakan larangan perjalanan lebih awal pada Disember lepas.
Siasatan memberi tumpuan kepada sama ada bekas pegawai terbabit telah membuat kenyataan palsu mengenai bagaimana dokumen berkaitan undang-undang tentera diterima semasa mesyuarat Kabinet yang diadakan pada 3 Disember malam.
Polis turut melengkapkan analisis rakaman kamera litar tertutup dari bilik mesyuarat dan laluan di pejabat presiden sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Yoon Suk Yeol
#pemberontakan
#larangan keluar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan