KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Afrika Selatan, FW de Klerk meninggal dunia pada awal pagi Khamis.
Beliau yang menjawat jawatan berkenaan bermula September 1989 sehingga Mei 1994 merupakan presiden kulit putih terakhir negara itu.
Menurut kenyataan Yayasan FW de Klerk, mendiang figura penting politik itu dikesan menghidap kanser berkaitan paru-paru pada Jun tahun ini.
Beliau dikenang sebagai individu penting dalam peralihan negara itu ke sistem demokrasi.
"Pada 1990, de Klerk mengumumkan pembebasan pemimpin antiaparteid, Nelson Mandela yang seterusnya membawa kepada pilihan raya pada 1994," memetik laporan BBC News.
Ketika era pemerintahannya, beliau pernah mengambil alih kepimpinan PW Botha sebagai ketua Parti Nasional pada Februari 1989 dan pada tahun berikutnya menghapuskan larangan parti terhadap Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pimpinan Nelson Mandela.
Kepimpinannya turut membawa Afrika Selatan keluar daripada dasar aparteid
Selain itu, beliau bersama Nelson Mandela juga pernah menerima Hadiah Nobel pada 1993.
Nickyson Nyambar
Thu Nov 11 2021
de Klerk bersama Nelson Mandela pernah menerima Hadiah Nobel pada 1993.- Gambar/ AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bekas Presiden Afrika Selatan, FW de Klerk meninggal dunia
FW de Klerk menjawat jawatan itu bermula September 1989 sehingga Mei 1994.
Nelson Mandela alami jangkitan paru-paru
Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dimasukkan ke hospital berikutan jangkitan paru-paru pada awal pagi Khamis.