awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mungkin diperintah kembali ke penjara

Bernama
Bernama
14/07/2023
06:45 MYT
Bekas Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mungkin diperintah kembali ke penjara
Selepas berada di penjara kira-kira lapan minggu, Zuma dibebaskan kerana didakwa mengalami masalah kesihatan. - Gambar fail
JOHANNESBURG: Bekas presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mungkin akan diperintah untuk menjalani hukuman di penjara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mahkamah Perlembagaan Afrika Selatan di Johannesburg pada Khamis mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas terhadap pemimpin berusia 81 tahun itu bahawa pembebasan awal dari penjara atas alasan kesihatan, menyalahi undang-undang.
Pihak berkuasa penjara mencabar keputusan ini tetapi Mahkamah Perlembagaan menolak permohonan itu.
Zuma menjadi presiden dari 2009 hingga 2018. Bekas ketua negara dan pemimpin Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) itu dijatuhi hukuman penjara 15 bulan pada 2021 selepas enggan memberi keterangan di hadapan jawatankuasa yang menyiasat tuduhan rasuah dan nepotisme semasa beliau memegang jawatan.
Selepas berada di penjara kira-kira lapan minggu, Zuma dibebaskan kerana didakwa mengalami masalah kesihatan.
Orang kepercayaan Zuma, Arthur Fraser, yang menjadi ketua pentadbiran penjara pada masa itu telah mengarahkan pembebasan itu.
Lembaga parol sebelum itu tidak meluluskan pembebasan Zuma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jacob Zuma
#Bekas Presiden Afrika Selatan
#hukuman penjara
#Kongres Kebangsaan Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan