Skip to main content

Dunia

Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara 30 tahun lagi kes dron

FILE - South Korea's impeached President Yoon Suk Yeol attends a hearing of his impeachment trial at the Constitutional Court in Seoul, South Korea, Feb. 11, 2025. (AP Photo/Lee Jin-man, Pool, File)
Pendakwaan khas membuktikan Yoon mengarahkan siri penerbangan dron ke Pyongyang pada Oktober 2024 bagi mencetuskan provokasi ketenteraan dan ketegangan di sempadan. -Gambar fail/AP

SEOUL: Mahkamah di Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara tambahan 30 tahun ke atas bekas Presiden Yoon Suk Yeol selepas disabitkan kesalahan mengarahkan pencerobohan dron tentera ke ruang udara Korea Utara.

Keputusan itu dibacakan oleh panel hakim Mahkamah Daerah Pusat Seoul yang mensabitkan beliau atas pertuduhan menyalahgunakan kuasa serta membantu musuh, lapor BBC.

Pendakwaan khas membuktikan Yoon mengarahkan siri penerbangan dron ke Pyongyang pada Oktober 2024 bagi mencetuskan provokasi ketenteraan dan ketegangan di sempadan.

Langkah tersebut didakwa bertujuan mewujudkan alasan bagi mengisytiharkan undang-undang darurat pada Disember 2024.

Sabitan terbaharu ini menambah kepada hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atas Yoon, 65, pada Februari lalu atas pertuduhan pemberontakan dan pelanggaran perlembagaan.

Yoon sebelum ini menafikan sebarang salah laku, manakala pihak pembela berhujah operasi dron itu adalah tindakan balas terhadap isu belon dari Korea Utara, namun mahkamah menolak hujah tersebut.

Selain beliau, bekas Menteri Pertahanan turut dijatuhi hukuman penjara 30 tahun atas penglibatan dalam kes sama.

Yoon merupakan presiden pertama Korea Selatan yang disingkirkan melalui proses pemecatan rasmi pada April 2025 sebelum ditahan.

Must Watch Video

Advertisement