awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Nigeria Buhari meninggal dunia

Bernama
Bernama
14/07/2025
02:00 MYT
Bekas Presiden Nigeria Buhari meninggal dunia
Buhari menghembuskan nafas terakhir di sebuah klinik di London. - Foto REUTERS
LAGOS: Bekas Presiden Nigeria Muhammadu Buhari meninggal dunia pada usia 82 tahun di London, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Keluarganya mengesahkan pemergian beliau pada Ahad menerusi kenyataan yang dikeluarkan jurucakapnya, Garba Shehu, yang memaklumkan bahawa Buhari menghembuskan nafas terakhir di sebuah klinik di London.
Dilahirkan pada 17 Dis 1942, Buhari merupakan antara tokoh utama dalam rampasan kuasa tentera pada Disember 1983 yang menggulingkan pemerintahan Republik Kedua Nigeria sekali gus mengambil alih tampuk pemerintahan.
Rampasan kuasa itu menamatkan era Republik Kedua Nigeria yang telah memulihkan sistem demokrasi berbilang parti pada 1979 selepas 13 tahun di bawah pemerintahan tentera.
Sebagai ahli politik, Buhari bertanding dalam pilihan raya presiden sebanyak beberapa kali, antaranya di bawah tiket All Nigeria Peoples Party (ANPP) pada 2003 dan 2007, serta Congress for Progressive Change (CPC) pada 2011.
Pada 2014, beliau dipilih sebagai calon presiden mewakili parti baharu, All Progressives Congress (APC), dan memenangi pilihan raya umum 2015 selepas menewaskan penyandang ketika itu, Goodluck Jonathan.
Buhari mengangkat sumpah sebagai presiden pada 29 Mei 2015 dan seterusnya dipilih untuk penggal kedua pada 2019 selepas menewaskan bekas naib presiden Atiku Abubakar dengan majoriti lebih tiga juta undi.
Beliau menyerahkan kuasa kepada Presiden Bola Tinubu pada 29 Mei 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammadu Buhari
#meninggal dunia
#rampasan kuasa tentera
#sistem demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan