awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Speaker Dewan Perwakilan AS Pelosi dirawat di hospital tentera AS di Jerman

Bernama
Bernama
14/12/2024
11:56 MYT
Bekas Speaker Dewan Perwakilan AS Pelosi dirawat di hospital tentera AS di Jerman
Media AS melaporkan, ahli politik berusia 84 tahun itu mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tangga. - Gambar fail/ Reuters
BERLIN: Nancy Pelosi, bekas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), dibawa ke hospital tentera AS di Landstuhl, berhampiran Pangkalan Udara Ramstein di Jerman, selepas dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat kecederaan.
Pelosi berada di Luxembourg bersama delegasi kongres, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut laporan CNN yang memetik pegawai pertahanan, Pelosi dipindahkan ke hospital tentera AS yang digunakan untuk merawat anggota tentera AS yang cedera dalam pertempuran, di negeri Rhineland-Palatinate, Jerman.
Media AS melaporkan, ahli politik berusia 84 tahun itu mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tangga.
Pejabat Pelosi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kecederaan itu tetapi pada awalnya menyatakan yang beliau sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Luxembourg dan dijangka kembali ke AS tidak lama lagi.
Anggota Demokrat itu terus berkhidmat sebagai ahli kongres di Dewan Perwakilan dan masih dianggap sebagai seorang daripada ahli politik paling berpengaruh dalam partinya.
Pelosi secara meluas dipercayai menjadi suara utama yang meyakinkan Presiden Joe Biden untuk menarik diri daripada pencalonan semula awal tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Pelosi
#Speaker
#Dewan Perwakilan AS
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan