TEHRAN: Bekas timbalan menteri pertahanan Iran Alireza Akbari menjalani hukuman mati pada pagi Sabtu beberapa hari selepas dijatuhi hukuman itu atas tuduhan mengintip, lapor Agensi Anadolu.
Akbari yang memegang dua kerakyatan Iran-British, dihukum mati atas tuduhan rasuah dan mengancam keselamatan negara.
Bekas pegawai kanan itu didapati bersalah menjalankan pengintipan untuk agensi perisikan British MI6 sebagai pertukaran bagi memperoleh gaji lumayan dalam mata wang asing.
Akbari yang berkhidmat dalam Kabinet bekas Presiden Iran Mohammad Khatami (1997-2005), mengintip isu berkaitan pertahanan dan hal ehwal peluru berpandu negara itu, sekatan, rundingan nuklear dan isu serantau, menurut kenyataan itu.
Dia dijatuhi hukuman mati awal minggu ini dan menurut jabatan media kehakiman, Akbari merupakan antara penyeludup terpenting MI6 di "pusat sensitif dan strategik negara.
Akbari direkrut oleh perkhidmatan MI6 semasa mendapatkan visa daripada Kedutaan British di Tehran dan kemudian menjadi pekerja sepenuh masa agensi itu.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada Sabtu menyifatkan hukuman mati oleh Iran itu sebagai "tindakan pengecut" dan mengecam tindakan berkenaan.
"Saya terkejut dengan hukuman mati terhadap warga Britain-Iran Alireza Akbari di Iran. Doa saya bersama rakan dan keluarga Alireza," kata Sunak di Twitter.
Sementara itu Setiausaha Luar Britain James Cleverly dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan memanggil Kuasa Usaha Iran untuk menjelaskan pendirian Britain terhadap tindakan Iran itu.
Bernama
Sat Jan 14 2023

Akbari yang memegang dua kerakyatan Iran-British, dihukum mati atas tuduhan rasuah dan mengancam keselamatan negara. - Gambar fail

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah
Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Penjenamaan semula KLIA, KLIA2 tidak libatkan peruntukan kerajaan - Anthony Loke
Kos penjenamaan semula terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada Kementerian Pengangkutan.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei - Ahmad Zahid
Konvensyen melibatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.

Shahelmey belum terima surat rasmi dari UMNO
Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya belum menerima sebarang surat rasmi mengenai penggantungan keahliannya dalam UMNO. Timbalan Ketua Menteri III Sabah itu berkata, beliau hanya mengetahui perkara berkenaan melalui media dan hanya akan membuat sebarang keputusan, setelah menerima secara rasmi surat penggantungan daripada UMNO.

Borneo Highland Resort milik penuh Sarawak
Kerajaan Sarawak kini memiliki sepenuhnya hak pembangunan Borneo Highland Resort di Padawan. Rancangan mengindahkan dan memperbaiki resort itu telah dimulakan.

Dari sebidang tanah menjadi lubuk rezeki keluarga
Sebuah keluarga di Pakan Sarawak menuai rezeki di sebidang tanah yang diusahakan menjadi pusat komersil yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk luar bandar.

Bunuh pengawal peribadi: Bekas pegawai tinggi polis Indonesia dihukum mati
Bekas ketua hal ehwal pasukan polis Indonesia dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah merancang pembunuhan pengawal peribadinya pada 8 Julai tahun lalu.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Iran jalani hukuman mati
Akbari yang memegang dua kerakyatan Iran-British, dihukum mati atas tuduhan rasuah dan mengancam keselamatan negara.

Penganggur bunuh nenek umur 85 tahun dihukum mati
Tertuduh yang membunuh warga emas selepas merogol dan meliwatnya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Pembunuhan berpunca hantaran Facebook, 20 pelajar dihukum mati di Bangladesh
Sebuah mahkamah di Bangladesh pada Rabu menjatuhkan hukuman mati terhadap 20 individu berhubung dengan kes pembunuhan seorang pelajar universiti pada 2019.

Penyerang Mumbai 2008 jalani hukuman gantung
Penyerang Mumbai 2008 Mohammed Ajmal Amir Kasab menjalani hukuman gantung sampai mati pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini di penjara Yerwada, Pune.