awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin

Bernama
Bernama
10/06/2023
21:55 MYT
Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin (kanan) dan Lukashenko mengadakan pertemuan di kediaman Bocharov Ruchei di bandar Sochi, Rusia, 9 Jun 2023. (Foto AP)
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan niatnya pada Jumaat untuk menempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus mulai awal Julai.
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.
Kenyataan ini dibuat selepas beliau bertemu Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, lapor dpa, memetik agensi berita Rusia, TASS.
Ia sekali gus bermakna pemindahan akan dibuat sebelum persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Lithuania, yang bersempadan dengan Belarus.
Persidangan NATO di ibu negara Lithuania, Vilnius, akan berlangsung pada 11 dan 12 Julai.
Putin mengumumkan pada 25 Mac bahawa beliau akan memindahkan senjata nuklear Rusia ke negara sekutu dan bekas negara Soviet, Belarus.
Beliau membenarkan tindakan ini sambil menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah menyimpan senjata nuklear di Eropah, termasuk di Jerman, sejak bertahun-tahun.
Jika rancangan Moscow dilaksanakan, Belarus akan menerima peluru berpandu Iskander, untuk kali pertama sejak 1990-an, selepas kejatuhan Kesatuan Soviet.
Menurut laporan TASS, beberapa pesawat pejuang Belarus juga telah diubah suai bagi mengendalikan senjata baharu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belarus
#senjata nuklear
#Vladimir Putin
#Alexander Lukashenko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan