MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menasihatkan pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 supaya tidak terperdaya dengan pautan semakan daftar pemilih tidak sah.
Menerusi hantaran di Facebook, SPR memaklumkan maklumat dan semakan rasmi boleh dibuat melalui portal www.spr.gov.my.
“Semak kesahihan sebelum berkongsi,” menurut hantaran itu.
Proses pengundian PRN Melaka ke-16 berlangsung di 240 pusat mengundi dari 8 pagi hingga 6 petang ini melibatkan 669,211 pengundi bagi memilih wakil rakyat bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sebanyak 675,166 pengundi layak mengundi pada PRN itu, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos.
Dapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16 menerusi https://pru.astroawani.com/?tv=awani501
-- BERNAMA