WASHINGTON: Objek yang berada pada altitud tinggi berkemungkinan hanya sebiji belon dan telah beredar meninggalkan ruang udara Amerika Syarikat (AS), menurut pegawai Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (Norad) pada Sabtu.

Norad dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa belon kecil yang dipintas oleh pesawat pejuang AS di Utah pada Jumaat mungkin milik orang awam dan tidak memberikan ancaman kepada keselamatan negara, lapor United Press International (UPI).

Belon itu berada pada ketinggian kira-kira 13,100 hingga 13,700 meter ketika dipintas.

Norad dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memantau belon itu sehingga ia beredar dari ruang udara AS pada waktu malam.

Belon itu berada pada ketinggian kira-kira 15.2 meter dan membawa sebuah kiub kecil selebar kira-kira 61 cm, lapor CNN.

Belon terbabit jauh lebih kecil berbanding belon pengintip China yang ditembak jatuh tentera AS awal tahun lalu.

-- BERNAMA