TAUFAN dan angin ribut melanda pantai di Timur India pada Ahad, ketika puluhan ribu penduduk di tiga negeri dipindahkan ke tempat perlindungan.
Ribut taufan adalah ancaman biasa di utara Lautan Hindi tetapi ramai saintis berpendapat ia menjadi lebih kerap dan teruk kerana perubahan iklim yang menghangatkan suhu laut.
Jabatan Meteorologi India berkata, Taufan Gulab membadai daratan antara negeri-negeri pesisir Odisha dan Andhra Pradesh tepat jam 6 petang waktu tempatan, dengan tiupan angin hingga 95 kilometer sejam (km/j).
Tambahnya, terdapat risiko banjir kilat di beberapa daerah.
Pihak berkuasa Odisha dan Andhra Pradesh memerintahkan puluhan ribu penduduk yang tinggal di sepanjang pantai untuk berpindah, sambil ratusan petugas kecemasan dihantar ke wilayah terbabit.
Video dari Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF) India menunjukkan pegawainya menggalakkan orang ramai di kampung-kampung di pesisir untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Terdapat laporan awal mengenai banyak pokok yang tercabut ketika taufan itu membadai sebuah daerah di Andhra Pradesh.
Dianggarkan, 85,000 keluarga akan dipindahkan dari kawasan rendah ke tempat perlindungan sementara di negeri itu.
Pada Mei, lebih sejuta orang dipindahkan dari kediaman mereka di sepanjang Pantai Timur India yang dilanda Taufan Yaas, dengan angin bertiup hingga 155km/j - setara dengan taufan kategori dua.
Astro Awani
Sun Sep 26 2021
Anggota Pasukan Tindakan Bencana Nasional India tiba untuk bertugas susulan jangkaan Taufan Gulab di Ganjam, timur Odisha, India, 26 Sept, 2021. (Foto AP/NRDF)
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Vanuatu siap sedia hadapi Taufan Lola
Ribut tropika diramal membadai pulau-pulau Toba, Sanma, Penama, Malampa dan Shefa, kesemuanya di bahagian utara pulau utama Efate.
Taufan Super Saola jejas hampir 200,000 penduduk di Filipina
Saola membanjiri 193 kawasan dan mencetuskan 12 tanah runtuh di Luzon dan tengah Filipina, dengan lebih 35,000 penduduk dipindahkan.
12 maut, 20 hilang akibat taufan di selatan Brazil
Kerajaan Rio Grande do Sul dalam kenyataan berkata, ribut itu membawa hujan lebat tanpa henti selama lebih sehari.
Fenomena El Nino berkembang, tingkat kemungkinan musim taufan lebih kuat
Corak cuaca El Nino telah berkembang secara rasmi, meningkatkan kemungkinan musim taufan yang lebih kuat untuk wilayah pantai Teluk dan Atlantik.
Taufan badai utara Perancis
Bumbung dilaporkan terbang, pokok tumbang selain bekalan elektrik terputus di pekan Bihucourt.
Banjir: Tambah baik kesiapsiagaan, ambil contoh rakyat Filipina hadapi bencana - NADMA
Malaysia perlu mengambil contoh sikap rakyat Filipina yang dilihat sangat bersedia ketika berdepan dengan Taufan Noru, baru-baru ini.
Ribut tropika Ma-on landa Filipina, 3 terkorban, 4 cedera
Kerajaan Filipina pada Khamis berkata taufan tropika Ma-on yang membadai pulau utama Luzon minggu ini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan empat lagi cedera di negara itu.
Filipina tutup sementara sekolah, pejabat kerajaan di Manila bimbang risiko taufan
Penutupan meliputi wilayah Laguna, Rizal, Bulacan, Cavite, Zambales, dan Bataan di wilayah Luzon Tengah.
Taufan Rai badai Filipina, 100,000 diarah berpindah
Kesesakan di pusat pemindahan melahirkan kegusaran kepada pihak berkuasa susulan varian Omicron pertama yang dikesan sebelum ini.
Bencana alam: Taufan Gulab membadai Timur India
Ramai saintis berpendapat ribut taufan menjadi lebih kerap dan teruk kerana perubahan iklim yang menghangatkan suhu laut.