awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang tidur terganggu, budak 6 tahun dibunuh, mayat dibuang dalam karung

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2025
06:40 MYT
Berang tidur terganggu, budak 6 tahun dibunuh, mayat dibuang dalam karung
Suspek yang dipercayai berang apabila tidurnya diganggu mangsa telah bertindak menampar dan kemudian mencekik kanak-kanak itu hingga mati. -Gambar hiasan
JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak Isnin ditemukan maut dalam keadaan mengerikan.

Ringkasan AI
  • Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun ditemukan maut dalam semak di Desa Lingsir, Indonesia.
  • Suspek, pekerja bengkel berusia 31 tahun, disyaki membunuh mangsa kerana berang tidurnya diganggu.
  • Suspek memasukkan mayat mangsa ke dalam guni dan membuangnya ke dalam semak, kini berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabitkan kesalahan.

Mayat mangsa dijumpai dalam semak di Desa Lingsir, Kecamatan Paringin Selatan, Kabupaten Balangan, Indonesia pada Jumaat, lapor Kompas.
Menurut Ketua Seksyen Hubungan Masyarakat Polres Tabalong, Iptu Joko Sutrisno, kanak-kanak itu disyaki dibunuh seorang pekerja bengkel berusia 31 tahun yang tinggal serumah dengan ibu bapa mangsa ketika bermain di halaman rumahnya.
Suspek dipercayai berang apabila tidurnya diganggu anak majikan itu dan telah bertindak menampar dan kemudian mencekik kanak-kanak tersebut hingga mati.
“Bagi menutup jenayah, suspek telah memasukkan mayat mangsa ke dalam guni dan membuangnya ke dalam semak di Kabupaten Balangan menggunakan motosikal,” kata Joko dalam kenyataan pada Jumaat malam.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berbalut guni hanya kira-kira 3 meter dari jalan raya.
Mangsa masih berpakaian lengkap, namun mayatnya sudah membengkak dan mula mengeluarkan bau busuk.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Wilayah (RSUD) Badaruddin Kasim untuk pemeriksaan lanjut.
"Ada tanda-tanda kecederaan serius seperti tengkorak retak. Bagaimanapun, untuk menentukan punca sebenar kematian, mayat mangsa akan menjalani bedah siasat," kata Joko lagi.
Suspek yang kini ditahan di lokap Polis Tabalong berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabitkan kesalahan.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#budak 6 tahun maut
#pekerja bengkel
#Desa Lingsir Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan