ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 18 Jun 2020.

1) Trump rayu China bantu beliau menang pilihan raya - Bolton

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dikatakan merayu kepada Presiden China Xi Jinping pada 2019 untuk membantunya dalam pilihan raya presiden.

2) Individu berdarah A cenderung alami gejala lebih teruk - Kajian

Ketika banyak penyelidikan dibuat terhadap faktor-faktor seperti usia dan jantina yang membawa kepada perbezaan tahap jangkitan COVID-19, para saintis juga melihat kebarangkalian pada gen sebagai salah satu faktor berkait.

3) Presiden Honduras terima rawatan COVID-19

Presiden Honduras Juan Orlando Hernandez menerima rawatan di hospital akibat pneumonia selepas disahkan positif COVID-19 minggu ini, umum kerajaan itu pada Rabu.

4) Tujuh aktivis Papua dihukum penjara 11 bulan

Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 10 ke 11 bulan ke atas tujuh aktivis anti perkauman Papua atas tuduhan pengkhianatan.

5) China dan India kemuka bantahan susulan pertempuran di Kashmir

Menteri Luar China dan India mengemukakan bantahan susulan pertempuran di kawasan sempadan Himalaya yang menjadi wilayah pertikaian kedua-dua negara.

6) Stereotaip kaum: Quaker Oats tamatkan jenama 'Aunt Jemima'

Quaker Oats akan menamatkan jenama Aunt Jemima selepas 131 tahun.

Menurut Quaker, anak syarikat PepsiCo, langkah menukar imej dan nama itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat ke arah mencapai kesaksamaan kaum.

7) Proses saringan COVID-19 di Beijing diteruskan

Beijing meneruskan proses saringan kesihatan terhadap kontak rapat pesakit yang disahkan positif COVID-19 susulan penularan di pasar borong Xinfandi dan kawasan setempat.

8) COVID-19: kes positif di Indonesia 42,762, kematian 2,339 orang

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 42,000 selepas tambahan 1,331 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

9) COVID-19: 257 kes baharu di Singapura, majoriti masih dari asrama

Singapura hari ini mengesahkan pertambahan 257 kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas, dengan hanya empat kes dalam komuniti.

10) Bekas Presiden Kazakhstan positif COVID-19

Bekas Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev disahkan positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Nazarbayev memaklumkan, pemimpin berusia 79 tahun itu kini dalam proses kuarantin.