ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 23 Jun 2020.
1) Peningkatan mendadak kes baharu dijangka di lima negeri di AS
Bekas Pengarah Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat (CDC) menyatakan lima negeri menyaksikan peningkatan mendadak kes baru COVID-19.
2) Musim haji diteruskan, jumlah jemaah dihadkan
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.
3) COVID-19 di Indonesia: 47,896 kes positif, 2,535 kematian
Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari Selasa, 35 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian sehingga kini 2,535 orang.
4) COVID-19: 16 anak kapal Rusia di pelabuhan Busan disahkan positif
Korea Selatan melakukan ujian saringan kesihatan terhadap 176 pekerja kargo di pelabuhan selatan Busan selepas 16 anak kapal kargo Rusia disahkan positif COVID-19.
5) COVID-19: Angka kematian seluruh dunia hampiri 470,000
Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban global akibat COVID-19 meningkat 4,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
6) Novak Djokovic dan isteri disahkan positif COVID-19
Media antarabangsa melaporkan Djokovic telah dijangkiti ketika memenuhi jadual penganjuran perlawanan amal Adria Tour iaitu sebuah acara amal empat peringkat yang diadakan di Balkan.
7) COVID-19: Thailand catat lima kes baharu, tiada jangkitan tempatan
Thailand melaporkan lima kes baharu jangkitan COVID-19, semuanya melibatkan warga Thai yang baru kembali dari luar negara, dan tiada kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan penyakit itu berjumlah 3,156 kes dengan jumlah kematian 58.
8) Kes denggi melebihi 68,000 kes di Indonesia
68,753 kes denggi dilaporkan di seluruh Indonesia sehingga kini bagi tahun 2020 dengan lebih 400 bandar dan daerah merekodkan kes jangkitan berganda yang mana pesakit dijangkiti COVID-19 dan demam denggi.
9) Singapura umum bubar Parlimen
Kerajaan Singapura pada Selasa mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membuka laluan untuk pilihan raya umum diadakan di republik itu, umum Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menerusi siaran langsung di laman Facebook rasmi beliau.
10) 12 pekerja pos Jerman masuk hospital gara-gara terhidu bau durian
Gara-gara buah durian, seramai 12 pekerja pos di Jerman terpaksa menerima rawatan di hospital, manakala puluhan lagi dipindahkan dari sebuah bangunan di bandar Schweinfurt dalam kejadian pada Sabtu.
Astro Awani
Tue Jun 23 2020
Ikuti berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 23 Jun 2020.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.