ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 27 Jun 2020.

1) COVID-19: Indonesia catat 52,812 kes positif, 2,720 kematian

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,385 kes positif baharu dilaporkan manakala 37 lagi kematian.

2) No local COVID-19 infection in Thailand for 33 days

The Center for COVID-19 Situation Administration reported that there was not a new case of COVID-19 infection over the past 24 hours and that resulted in Thailand recording no local COVID-19 infection for 33 days.

3) WHO perlu dana AS$30 bilion percepat usaha kekang COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memerlukan dana berjumlah AS$30 bilion (kira-kira RM130 juta) bagi mempercepat usaha mengekang penularan COVID-19. Ini meliputi usaha pembangunan dan penghasilan kit ujian saringan, vaksin dan rawatan pesakit.

4) Kes COVID-19 di India sudah cecah lebih setengah juta

Kes COVID-19 di India melonjak kepada lebih setengah juta kes dengan 15,685 kematian setakat Sabtu. Jumlah itu melibatkan 18,552 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

5) Belalang juta 'serang' bandar satelit India

Suasana langit di Gurugram, sebuah bandar satelit di New Delhi, kelihatan suram dan 'menyeramkan' apabila diselubungi kehadiran belalang juta, hingga memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan menggesa orang ramai menutup tingkap rumah.

6) Gara-gara tiada anak, isteri didera suami bertindak bunuh diri

Times of India melaporkan, mangsa yang berusia 32 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di CSK Villas di Rallaguda, Shamshabad, Hyderabad pada Khamis lalu.

7) Gara-gara ketagihan arak, 3 maut minum cecair pensanitasi tangan

Tiga individu meninggal dunia setelah meminum cecair pensanitasi tangan sebagai ganti minuman keras dalam satu kejadian di New Mexico, Amerika Syarikat (AS).

8) Pekebun durian tawar pakej melancong sambil menikmati durian di Pattani

Pekebun dan pengusaha durian di Pattani, Selatan Thailand mengubah strategi pemasaran dengan menawarkan pakej menaiki kereta api sambil menikmati durian untuk warga tempatan, sempena Festival Durian Sai Khao.