Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 13, 2020 15:00 MYT
Julai 13, 2020 15:00 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 13 Julai 2020.
Singapura, yang berada di fasa kedua pembukaan semula aktiviti sosial dan ekonominya sejak 19 Jun, mengesahkan 322 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.
Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia mencatatkan penambahan 1,282 kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan menjangkau 76,981 kes setakat pukul 12 tengah hari tadi waktu tempatan.
Thailand reported three new imported cases of COVID-19, one of whom had visited public places in Rayong before he was confirmed positive for the disease, Thai news agency (TNA) reported.
Wilayah Victoria mencatatkan penurunan kes pada Isnin iaitu sebanyak 177 kes berbanding 273 dan 288 kes pada Ahad dan Jumaat lalu.
Ketua Hubungan Masyarakat Polis Metro Jaya (Polis Jakarta) Yusri Yunus berkata suspek ditemui Khamis lepas dalam keadaan tergantung dengan seutas wayar di dalam lokap Polis Metro Jaya.
Bagaimanapun, ia disiarkan secara dalam talian bagi mengelakkan perhimpunan besar-besaran penyokong Won Soon ketika negara dilanda wabak COVID-19.
Kematian Kelly Preston, 57, itu disahkan oleh Travolta menerusi status di Instagram miliknya. Kata pelakon Saturday Night Fever itu, mendiang isterinya itu telah berjuang hampir dua tahun melawan penyakit tersebut.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyarankan agar semua pihak memakai pelitup mulut dan hidung walaupun ketika berada di tempat tertutup sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.
As many as 33 rivers in China have risen to their highest levels in history during the current wave of floods, a senior water ministry official said on Monday, as regions across the country brace for another "grim" week of torrential rain.
Sekurang-kurangnya 40 orang cedera selepas sekumpulan penyerang bersenjata api bertempur dengan pasukan keselamatan sehingga berlaku letupan bom di Willayah Utara Samangan, Afghanistan pada Isnin.
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#berita pilihan
#China
#COVID-19
#Indonesia
#kes positif
#keselamatan
#koronavirus
#Singapura