INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 16 Julai 2020.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 16 Julai 2020.
1) Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam
Akaun Twitter milik beberapa individu dan organisasi terkemuka, antaranya Joe Biden, Bill Gates, Elon Musk dan Apple, dikesan diceroboh pada Rabu apabila menyiarkan entri mempromosikan penipuan berkaitan cryptocurrency.
2) Makan tupai tanah: Remaja maut akibat wabak bubonik di Mongolia
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat wabak bubonik di barat Mongolia.
Remaja itu dijangkiti wabak berkenaan selepas memburu dan memakan marmot, kata Dorj Narangerel, jurucakap Kementerian Kesihatan Mongolia.
3) Puncak Menara Eiffel kini dibuka, rancakkan semula pelancongan Perancis
Industri pelancongan Perancis menyaksikan peningkatan selepas pembukaan semula puncak Menara Eiffel.
Lif yang membawa pengunjung ke puncak menara berketinggian 324 meter itu kini mula beroperasi pada Rabu.
4) Operasi SAR mangsa banjir Sulawesi dipergiat, angka kematian meningkat kepada 21
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mempergiatkan usaha mencari mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir kilat di daerah Luwu Utara, Indonesia.
Angka kematian akibat kejadian tersebut kini meningkat kepada 21 orang pada Rabu, dengan dua individu dilaporkan masih hilang.
5) COVID-19: Peru buka semula pengangkutan udara, darat, air selepas empat bulan
Peru memulakan semula pengangkutan udara, darat dan air di sempadannya selepas dihentikan selama empat bulan untuk mengekang penularan COVID-19.
Lapangan Terbang Jorge Chavez di Lima dilihat sesak dengan penumpang yang beratur panjang dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
6) Kes kematian rakyat AS dijangka meningkat ke 224,000 menjelang November
University of Washington menjangkakan jumlah kematian akibat COVID-19 penduduk di Amerika Syarikat akan mencecah 224,000 pada 1 November depan.
Angka terbaharu itu menyaksikan kenaikan 16,000 daripada jangkaan awal - selepas meneliti kenaikan jumlah kes dan mereka yang dirawat di hospital di seluruh negara.
7) Singapura henti kenaikan fi berjadual kepada syarikat penerbangan
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan menghentikan kenaikan fi berjadual bermula 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 bertujuan mengurangkan impak signifikan pandemik COVID-19 terhadap industri penerbangan.
8) Filipina aktifkan pasukan polis elit, tahan individu ingkar perintah berkurung
Filipina pada Khamis mengaktifkan pasukan polis elit bagi menguatkuasakan perintah berkurung di Manila.
Pasukan Tindakan Khas Polis Nasional Filipina itu dikerah bagi menahan individu yang ingkar terhadap arahan kuarantin yang dilaksanakan di sekitar bandar Navotas.
9) Tokyo rekod 280 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi
Sebanyak 280 kes baharu COVID-19 direkodkan di Jepun pada Khamis dalam tempoh 24 jam.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata, jumlah kes harian yang menghampiri 300 kes itu adalah yang tertinggi di Tokyo sejak wabak tersebut dikesan di negara matahari terbit itu.
10) Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 81,668 dengan jumlah kematian 3,873
Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 81,668 kes, iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,574 dalam tempoh 24 jam.
Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 76 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,873 orang.

#Apple
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#berita pilihan
#Bill Gates
#COVID-19
#Elon Musk
#Indonesia
#Joes Biden
#Sulawesi
#Twitter