ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 5 September 2020.

1) COVID-19: Jumlah kes di India melebihi 4 juta

Kes positif COVID-19 di India kini melepasi angka 4 juta pada Sabtu dan menyukarkan lagi tindakan kerajaan negara tersebut untuk menghentikan penularan dengan kekurangan dana.

2) COVID-19: 10 kes baharu melibatkan kes import direkodkan di China

Tiga kes dilaporkan di Shanghai, dua masing-masing di Guangdong dan Yunnan, dan satu masing-masing di Tianjin, Fujian dan Shaanxi.

3) COVID-19: Thailand catat 7 kes baru

ujuh rakyat asing yang ditempatkan di hotel yang menjadi pusat kuarantin kerajaan, disahkan sebagai kes baru jangkitan COVID-19 di negara itu bagi tempoh 24 jam lepas.

4) Mangsa kedua kapal karam di Jepun diselamatkan

Pasukan Pengawal Pantai Jepun berjaya menyelamatkan mangsa kedua kapal membawa lembu dari New Zealand yang karam akibat cuaca buruk.

5) COVID-19: 34 kes baru di Singapura, dua kes import

Singapura dalam laporan awalnya mengesahkan 34 kes COVID-19 baru untuk tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah jangkitan kepada 56,982.

6) Kes positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 190,000

Indonesia mencatatkan 3,128 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu berjumlah 190,665 kes setakat ini.

7) Vaksin Rusia untuk COVID-19, "Sputnik V" lulus ujian awal

Ujian awal vaksin koronavirus milik Rusia "Sputnik V" menunjukkan hasil memberangsangkan.

8) WHO tidak akan syor sebarang vaksin COVID-19 sebelum terbukti selamat

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan agensi itu tidak akan mengesyorkan sebarang vaksin COVID-19 sebelum ia terbukti selamat dan berkesan.

9) Serbia bakal pindah kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis

Tindkaan itu sekali gus menjadikan Serbia negara Eropah pertama mengikut tindakan sama dilakukan Amerika Syarikat.

10) Palestin kecam tindakan Serbia

Keputusan Serbia mahu memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis itu dikecam Palestin.