NATIONAL
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan

Malaysia berpendirian tegas bahawa semua pihak perlu mengelak tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan atau bersifat provokatif di Laut China Selatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Ringkasan AI
- Malaysia terus komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
- Malaysia akan terus menyuarakan pendirian tegas negara berhubung isu laut china selatan di platform-platform berkaitan bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus kekal terpelihara.
- Kerajaan sentiasa memantau rapat sebarang perkembangan dan situasi semasa di kawasan dengan keterlibatan dan kerjasama pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.
‘’Sekiranya kapal dan aset-aset milik Kerajaan negara-negara tersebut didapati menceroboh perairan negara. Ini adalah selari dengan pendirian tegas negara dalam memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus kekal terpelihara,’’ katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) mengenai perancangan kerajaan dalam mempertahankan pencerobohan terhadap Beting Patinggi Ali yang berlaku sejak 2013.
Shahidan turut bertanya tentang langkah alternatif yang wajar dilaksanakan memandangkan pendekatan mengawal kapal pengawal pantai china dan nota diplomatik tidak berkesan kerana China tidak mengiktiraf Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).
Tambah Mohamad, kerajaan sentiasa mengambil berat akan keselamatan perairan negara di Laut China Selatan termasuk di kawasan Beting Patinggi Ali.
Malah kerajaan sentiasa memantau rapat sebarang perkembangan dan situasi semasa di kawasan dengan keterlibatan dan kerjasama pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.
Ia bagi memastikan isu tersebut ditangani dengan segera dan efisien tanpa menimbulkan sebarang ketegangan di lapangan.
‘’Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keselamatan di kawasan perairan negara.
‘’Tindakan-tindakan yang diambil termasuklah rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan di dalam kawasan maritim Malaysia bagi mempamerkan kehadiran, atau dengan izin, show of presence di kawasan tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami