awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China

Bernama
Bernama
06/12/2024
05:45 MYT
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Trump menganggap Perdue mampu membantu membina hubungan AS dengan China. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Trump memuji kepakaran Perdue yang dianggap mampu membantu membina hubungan dengan China, merujuk kepada kerjaya perniagaannya yang meluas selama beberapa dekad, menurut laporan Agensi Anadolu.
"Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Fortune 500 yang memiliki pengalaman 40 tahun dalam perniagaan antarabangsa dan pernah berkhidmat di Senat AS, David membawa kepakaran berharga untuk membina hubungan dengan China.
"Beliau akan memainkan peranan penting dalam melaksanakan strategi saya untuk mengekalkan keamanan di rantau ini dan hubungan kerja yang produktif dengan pemimpin China," kata Trump dalam kenyataan di platform Truth Social miliknya.
Pelantikan ini dibuat ketika Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan terhadap barangan China melainkan Beijing mengambil tindakan tegas bagi mengekang penyeludupan dadah berbahaya, fentanyl.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#Donald Trump
#David Perdue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan