awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi

Bernama
Bernama
22/11/2024
22:30 MYT
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada sembilan negara lagi secara percubaan, menurut jurucakap Kementerian Luar.
BEIJING: China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada sembilan negara lagi secara percubaan, menurut jurucakap Kementerian Luar, pada Jumaat, lapor Xinhua.
Bagi memperkukuh pertukaran petugas antara China dan negara lain, China memutuskan untuk memperluas peraturan visa percuma kepada lebih banyak negara, kata jurucakap Lin Jian.
Menurut beliau, mulai 30 Nov 2024 hingga 31 Dis 2025, pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Selain itu, Lin memaklumkan China akan mengoptimumkan lagi dasar pengecualian visanya, termasuk memperluaskan tujuan kemasukan tanpa visa kepada pertukaran dan lawatan, serta memanjangkan tempoh tinggal bebas visa daripada 15 hari kepada 30 hari.
Mulai 30 Nov 2024, pemegang pasport biasa dari 38 negara yang tersenarai dalam peraturan visa percuma, termasuk sembilan negara yang baru disenaraikan, boleh memasuki China tanpa memohon visa untuk tujuan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga, pertukaran dan transit, dengan tempoh tinggal tidak melebihi 30 hari, kata Lin. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#dasar visa percuma
#pengecualian visa
#Kementerian Luar China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan