Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Oktober 1, 2020 15:01 MYT
Pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 1 Oktober 2020.
1) ICA tahan 3 rakyat Malaysia, rampas 7,559 karton rokok seludup
Pihak berkuasa Singapura menahan tiga lelaki rakyat Malaysia serta merampas 7,559 karton rokok seludup daripada dua buah lori bernombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas, 28 Sept lepas.
2) Jepun mula benarkan kemasukan warga asing
Jepun mula membenarkan kemasukan warga asing dari seluruh dunia bermula Khamis, namun bukan dari kalangan pelancong.
3) Patuhi SOP jika tak mahu PKP dilaksanakan semula - PM UK
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson beri amaran kepada rakyatnya untuk mematuhi arahan norma baharu yang dikeluarkan kerajaan.
4) China sedia edar vaksin COVID-19 sebagai tanda kebajikan
China sekali lagi memberi jaminan akan mengedarkan vaksin COVID-19 ke seluruh dunia sebagai tanda kebajikan awam secara global.
5) Tujuh cedera ditembak ketika hadiri majlis pengebumian
Tujuh cedera selepas terkena tembakan di luar kawasan perkuburan di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
6) American Airlines bakal kurangkan 19,000 kakitangan
American Airlines pada Khamis berkata syarikat itu akan mula mengurangkan 19,000 pekerjanya dalam masa terdekat, susulan keadaan kewangan yang terjejas akibat penularan COVID-19.
7) 5,000 haiwan peliharaan ditemui mati dalam kotak penghantaran
Sekurang-kurangnya 5,000 haiwan peliharaan ditemui mati dalam kotak penghantaran kadbod minggu lalu di pusat kemudahan logistik Pusat China.
8) Ms Marvel, watak adi wira Muslim pertama bakal ke kaca TV, layar perak
Pelakon baharu, Iman Vellani pada Rabu mengesahkan akan membuat penampilan sulung sebagai Ms Marvel, watak adi wira Muslim pertama dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).
9) Kuat mencarut, burung kakak tua kena 'kuarantin'
Sekumpulan burung kakak tua di sebuah taman hidupan liar di Britain terpaksa dikuarantin apabila ia dilapor mengeluarkan kata-kata kesat.
10) Hong Kong leader cheers return of stability as police on alert after banning protest
Hong Kong leader Carrie Lam cheered the city's "return to stability" during China national day celebrations on Thursday, as police vans dotted the route of a banned anti-government march by pro-democracy activists.
#China #Britain #Hong Kong #Amerika Syarikat #American Airlines #COVID-19 #vaksin #Boris Johnson