awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sedia edar vaksin COVID-19 sebagai tanda kebajikan

Agensi
Agensi
30/09/2020
23:50 MYT
China sedia edar vaksin COVID-19 sebagai tanda kebajikan
Wang turut memberi jaminan China akan berpegang teguh kepada pendirian itu bagi memastikan pandemik ini berakhir.
CHINA sekali lagi memberi jaminan akan mengedarkan vaksin COVID-19 ke seluruh dunia sebagai tanda kebajikan awam secara global.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Wang Wenbin memaklumkan, vaksin itu juga akan dipastikan mudah didapati dengan harga yang berpatutan kepada negara membangun.
Wang menjelaskan perkara tersebut dalam satu sidang media bagi mengulas laporan antarabangsa yang menyatakan harga vaksin dari China akan lebih tinggi berbanding negara maju seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Wang pada masa sama menyifatkan laporan tersebut tidak berasas.
“Bagi memastikan pandemik ini dapat dikawal dalam masa terdekat, China terus berusaha setiap minit dalam mempercepatkan kajian dan pembangunan vaksin COVID-19.
“China juga sudah mengisytiharkan, selepas selesai kajian dan pembangunan serta boleh digunakan, China akan membuat kebajikan awam secara global dengan memastikan vaksin itu mudah didapati.
“Bukan saja mudah didapati tapi harga yang berpatutan juga diberikan terutama kepada negara membangun,” katanya.
Wang turut memberi jaminan China akan berpegang teguh kepada pendirian itu bagi memastikan pandemik ini berakhir.
Topic Berkaitan
#China
#Amerika Syarikat
#Kementerian Luar
#koronavirus
#pandemik
#vaksin
#kebajikan
#virus
#Kajian
#negara
#negara maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan