awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5,000 haiwan peliharaan ditemui mati dalam kotak penghantaran

Agensi
Agensi
01/10/2020
06:46 MYT
5,000 haiwan peliharaan ditemui mati dalam kotak penghantaran
Kotak yang mengandungi haiwan hidup seperti anjing dan kucing tanpa air dan makanan di stesen Logistik Dongxing di bandar Luohe. - Gambar cbsnews.com
BEIJING:Sekurang-kurangnya 5,000 haiwan peliharaan ditemui mati dalam kotak penghantaran kadbod minggu lalu di pusat kemudahan logistik Pusat China.
Haiwan-haiwan itu termasuk arnab, tikus belanda, kucing dan anjing yang kesemuanya berada dalam sangkar plastik atau besi sebelum dibalut dengan kotak penghantaran dengan lubang-lubang untuk bernafas.
Situasi malang itu berlaku susulan masalah komunikasi dalam rantaian pembekal industri pembiakan besar-besaran China.
Menurut laporan cbsnews.com, hanya beberapa ratus haiwan yang selamat dan pihak berkuasa telah melakukan siasatan ke atas pendedahan Wilayah Henan iaitu kumpulan penyelamat haiwan tempatan.
"Stesen itu dipenuhi kotak penghantaran yang mempunyai ribuan haiwan yang telah mati dan seluruh kawasan tersebut berbau busuk.
"Ia kelihatan seperti berada di dalam neraka," kata pengasas kumpulan penyelamat haiwan Utopia yang hanya ingin dikenali sebagai Hua.
Lebih menyedihkan mereka dibiarkan di dalam kotak penghantaran itu tanpa makanan dan minuman selama seminggu sebelum didedahkan.
"Jelas kesemua haiwan itu mati kerana sesak nafas, kekurangan air dan kebuluran.
"Keadaan ini cukup menyedihkan apabila haiwan-haiwan hidup diangkut dengan cara sedemikian yang akhirnya mengakibatkan kematian," kata Hua lagi.
Topic Berkaitan
#Haiwan peliharan
#Kotak penghantaran
#Pusat China
#Kumpulan penyelamat haiwan
#Wilayah Henan
#arnab
#kucing
#Tikus Belanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan