ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 5 Oktober 2020. 

1) COVID-19: Thailand cadang terima kemasukan pelancong perniagaan jangka pendek

Thailand bercadang menerima kemasukan pelancong perniagaan jangka pendek bagi merangsang kembali ekonomi negara berkenaan yang terjejas teruk kesan penularan pandemik COVID-19.

2) Trump keluar hospital hanya untuk melambai penyokong, undang reaksi negatif

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilihat sanggup keluar dari hospital semata-mata untuk melambai kepada penyokongnya yang menunggunya di luar hospital sejak beliau menerima rawatan kerana positif COVID-19.

3) White House enggan sahkan bilangan kakitangan jalani saringan COVID-19

Setiausaha Akhbar White House, Kayleigh McEnany enggan mengesahkan bilangan kakitangan White House yang menjalani saringan COVID-19.

4) Saintis cipta alat pengesanan pantas COVID-19 mirip kit ujian kehamilan

Sekumpulan saintis di India mengembangkan lagi ujian pengesanan virus COVID-19 menggunakan kaedah yang hampir sama dengan ujian kehamilan.

5) Ikon fesyen Kenzo Takada meninggal dunia akibat COVID-19

Pereka fesyen terkemuka Kenzo Takada, 81, meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.

6) COVID-19: Lebih 290,000 jangkitan baharu, kes positif kini cecah 35 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 35 juta. Ini berikutan lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

7) Korban COVID-19 di seluruh dunia cecah 1.03 juta

Angka korban akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.03 juta.

8) Gempa bumi sederhana landa Mindoro, Filipina

Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Mindoro, Filipina pada 2.16 pagi tadi.

9) Pelakon Chalte Chalte Vishal Anand meninggal dunia

Aktor Bollywood, Vishal Anand meninggal dunia selepas sekian lama menderita sakit pada Ahad.

10) Rihanna dikecam tidak sensitif, guna petikan hadis lancar produk pakaian dalam

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella, Rihanna dikecam hebat di media sosial selepas didakwa tidak sensitif terhadap agama Islam.