awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KSN seru tingkatkan komunikasi, kurangkan 'Bahasa Putrajaya'
Dakwaan dera: Remaja ditemukan di stesen KTMB tidak alami kecederaan
Kes tinggal lebih masa catat pendakwaan tertinggi tahun lepas - Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikon fesyen Kenzo Takada meninggal dunia akibat COVID-19

Agensi
Agensi
04/10/2020
22:41 MYT
Ikon fesyen Kenzo Takada meninggal dunia akibat COVID-19
Kenzo Takada, 81, meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19. -Reuters
PEREKA fesyen terkemuka Kenzo Takada, 81, meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.
Menurut kenyataan keluarga pada Ahad, ikon fesyen warga Jepun itu menghembuskan nafas terakhir di American Hotel of Paris, Perancis.
Dilahirkan pada tahun 1939 dekat Osaka, Jepun, Kenzo Takada tiba di Perancis pada tahun 1965 menaiki bot dan terus menetap di Paris.
Kenzo memulakan kariernya dengan membeli sebuah butik di Paris pada 1970 dan melancarkan barisan fesyen lelaki pada 1983, dan kemudian pakaian sukan kasual Kenzo Jeans dan Kenzo Jungle pada era 1980an.
Namun pada tahun 1993, mendiang menjual jenama itu kepada konglomerat barangan mewah LVMH dan bersara daripada bidang fesyen.
Kenzo masih menjadi antara jenama terkemuka yang berpusat di Paris sehingga kini.
Mendiang Kenzo cukup terkenal kerana keunikan rekaannya yang menggabungkan pengaruh seni Barat dan Asia.
Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo, antara peminat rekaan mendiang memberi penghargaan kepada Kenzo menerusi Twitter.
“Pereka yang cukup berbakat, beliau menyumbang warna dan sinar dalam fesyen.”
Immense tristesse dappendre la disparition de Kenzo. Quel créateur ! Il avait donné à la couleur et à la lumière toute leur place dans la mode. Paris pleure aujourdhui un de ses fils. Pensées à sa famille, ses proches et toutes celles et ceux qui lont aimé. https://t.co/Im2WtVoTZE
— Anne Hidalgo (@Anne_Hidalgo) October 4, 2020
Topic Berkaitan
#Kenzo
#Kenzo Takada
#Paris
#Perancis
#Jepun
#COVID-19
#meninggal dunia
#fesyen
#Seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan