ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 20 Oktober 2020.

1) Kes positif COVID-19 cecah 40 juta

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 8.2 juta kes. 

2) Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini 368,842 kes, kematian 12,734

Indonesia mencatatkan 3,602 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 368,842 kes. 

3) COVID-19: Tahap kesihatan makin teruk, Saeb Erekat dimasukkan ke hospital 

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat dimasukkan ke hospital pada Ahad selepas keadaan kesihatannya bertambah buruk.

4) Austria kuat kuasa larangan baharu kekang penyebaran COVID-19

Canselor Austria Sebastian Kurz memaklumkan larangan baharu itu termasuk mengehadkan perhimpunan kepada enam orang di dalam rumah dan 12 di luar rumah.

5) Penunjuk perasaan ingkar larangan berhimpun, terus berdemonstrasi di Bangkok

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di tiga lokasi di Bangkok sekali gus mengingkari larangan untuk menyertai demonstrasi pada hari kelima.

6) Amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat di Alaska

Amaran itu dikeluarkan untuk Semenanjung Alaska dan Alaska Selatan, menurut Pusat Amaran Tsunami Nasional di Palmer, Alaska.

7) Debat Trump dan Biden ada butang 'butang senyap'

Debat ketiga Pemilihan Presiden Amerika Syarikat di antara Donald Trump dan pencabarnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden pada Khamis ini akan dilengkapi dengan 'butang senyap' yang membolehkan setiap calon bercakap tanpa gangguan.

8) Trump gelar Fauci 'masalah besar', dakwa korban di AS mungkin cecah 800,000

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyelar Ketua Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Dr Anthony Fauci berkenaan langkah mengurangkan penularan COVID-19.

9) COVID-19: India catat kes harian terendah sejak empat bulan lalu

India merekodkan pertambahan kes harian COVID-19 terendah dalam tempoh empat bulan pada Selasa.

10) COVID-19: Ireland tingkatkan amaran tahap tertinggi

Ireland bakal diletakkan pada tahap amaran tertinggi selama enam minggu sebagai usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negara itu.