Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 4 November 2020.
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencatatkan angka 47.2 juta. Ia berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Volkswagen turut ikuti Tesla Inc dalam pasaran auto terbesar dunia apabila syarikat Jerman itu melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) ID.4 elektrik di China pada Selasa.
Model ID.4 CROZZ merupakan hasil kolaborasi Volkswagen dengan Kumpulan FAW, sementara model ID.4 X pula hasil kolaborasi bersama SAIG Motor.
Salah seorang suspek yang didakwa dalam perbicaraan kes tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 menafikan penglibatannya dalam insiden itu.
Oleg Putalov sebaliknya mendakwa hasil siasatan yang mengaitkannya dengan kejadian itu hanya salah faham.
United Kingdom (UK) meningkatkan tahap ancaman keganasannya pada tahap kedua tertinggi susulan serangan di Austria dan Perancis.
Keputusan itu dibuat oleh pusat analisis keganasan bersama kerajaan UK yang ditubuhkan pada 2003.
Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kali ini mencatat kelainan dari segi pelaksanaannya berbanding sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19.
Namun sistem yang dilaksanakan tetap sama, cuma agak berbeza dengan yang dipraktikkan di Malaysia.
Malaysia mahu kepentingan hubungan luar dengan Washington dipertingkatkan tidak kira Presiden Amerika Syarikat yang baharu adalah dari Demokrat atau Republikan.
Pensyarah Kanan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya, Dr Roy Anthony Rogers berkata Demokrat mempunyai dasar luar yang lebih terbuka, bersifat konstruktif dan mempunyai rangkaian luas seperti yang disaksikan semasa pentadbiran bekas Presiden AS, Barack Obama.
Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona selamat menjalani pembedahan akibat masalah pendarahan di otaknya, lapor Reuters.
Pembedahan itu dilakukan kurang dari seminggu menjelang ulang tahunnya yang ke-60.
Menteri Luar Negeri dan Perdagangan Hungary disahkan positif COVID-19 selepas tiba di Thailand untuk lawatan kerjanya.
Menurut kenyataan rasmi, Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul memaklumkan, Peter Szijjarto dan 12 delegasinya menjalani ujian saringan pada Selasa selepas diuji setelah mereka tiba dari Kemboja.
New merekodkan kes positif tertinggi jangkitan COVID-19, iaitu sebanyak 6,725 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Menurut Kementerian Kesihatan India, bandar itu mencatatkan lebih dari 5,200 kes sehari pada minggu lalu.
Sekurang-kurangnya tiga maut selepas Tuafan Eta membadai timur laut Nicaragua pada Selasa malam.
Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat memaklumkan, Eta yang membawa bersama hujan dan angin kencang dengan kelajuan 110 kilometer hingga 150 kilometer sejam menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

