Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 4, 2020 16:25 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 4 Disember 2020.
1) COVID-19: Polis Filipina cadang guna rotan tangani rakyat ingkar SOP
Pihak berkuasa Filipina bercadang untuk menggunakan rotan sebagai cara untuk memberi amaran kepada rakyatnya yang tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam mengelak jangkitan COVID-19.
2) Biden ingin Fauci kekalkan jawatan, bantu tangani COVID-19
Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengajak Pakar Penyakit Berjangkit Anthony Fauci untuk kekal berkhidmat di White House selepas peralihan kuasa 20 Januari depan.
3) COVID-19: Presiden Mexico minta bantuan Trump untuk dapatkan vaksin
Presiden Mexico mendakwa kerajaannya mendapatkan bantuan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bagi mendapatkan akses kepada vaksin COVID-19.
4) COVID-19: Negara Eropah mula rangka pelan program vaksinasi
Portugal dan Perancis akan mengutamakan petugas barisan hadapan dan petugas rumah jagaan sebagai penerima pertama bermula Januari ini.
5) Sesi khas COVID-19 Perhimpunan Agung PBB buka tirai
Presidennya, Volkan Bozkir menyeru badan dunia berkenaan supaya menunjukkan kepimpinan dan tindakan untuk menangani cabaran terbesar yang didepani dunia sekarang.
6) COVID-19: Brazil terima 600 liter vaksin Coronavac
Vaksin firma biofarmaseutikal China, Sinovac akan dihasilkan dan dipakejkan di Institut Butantan yang dikendalikan Sao Paulo sebelum diedarkan ke seluruh Brazil.
7) COVID-19: Kejayaan Jerman tangani gelombang pertama punca kenaikan semula kes
Kejayaan negara Jerman dalam menangani gelombang pertama penularan COVID-19 Mac dan April lalu dianggap menjadi punca negara itu gagal menangani gelombang kedua, kata ketua agensi kesihatan awam Jerman, pada Khamis
8) Krisis ekonomi dan kesihatan memburuk, Venezuela tuding jari kepada AS
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menyalahkan sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap krisis ekonomi dan kesihatan di negara itu yang semakin memburuk.
9) OPEC Plus akan tingkat pengeluaran pada Januari
Keputusan ini mengakibatkan harga minyak meningkat sedikit kepada sekitar AS$45 setong minyak mentah Amerika dan AS$48 untuk Brent.
10) Ryanair tempah 75 unit Boeing 737 Max
Pesanan itu dibuat beberapa minggu sebelum pesawat berkenaan menyambung kembali penerbangan komersial.
#Donald Trump #PBB #OPEC #Boeing #White House #Filipina #polis #COVID-19 #minyak #OPEC Plus #Amerika Syarikat #China #Brazil #Joe Biden #Anthony Fauci #Jerman