BEBERAPA negara Eropah kini merangka pelan bagi program vaksinasi penduduknya.

Portugal dan Perancis akan mengutamakan petugas barisan hadapan dan petugas rumah jagaan sebagai penerima pertama bermula Januari ini.

Bergantung kepada akses, Portugal merancang untuk memberi vaksin kepada hampir 1 juta penerima dalam tempoh antara Januari dan April.

Ia merangkumi golongan berusia lebih 50 tahun iaitu seramai 400,000 orang yang mempunyai penyakit serta mereka terdedah dengan risiko jangkitan lebih tinggi.

Penerima juga termasuk kumpulan barisan hadapan seramai 300,000 petugas kesihatan serta penguat kuasa juga 250,000 warga emas dan penjaganya.

Bagi fasa kedua, Portugal menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 1.8 juta individu berusia 65 tahun ke atas.

Sementara bagi fasa ketiga, sasarannya adalah kepada 10.5 juta populasi penduduknya.

Jelas Perdana Menterinya, Antonio Costa, vaksin ini merupakan pilihan dan diberi secara percuma.

Sementara di Perancis pula, keutamaan akan diberikan kepada pekerja rumah jagaan dan barisan hadapan.

Fasa pertama dijangka bermula pada Januari melibatkan sejuta individu.

Vaksin ini akan dihantar ke lebih 10,000 rumah jagaan. 

Perancis membeli vaksin dengan mengadakan kerjasama bersama Kesatuan Eropah (EU) dan pembangun lain.

Perancis, katanya, berpotensi untuk menerima 200 juta dos yang bakal memanfaatkan 100 juta penduduknya.

Sebagaimana Portugal, vaksin ini juga akan diberikan secara percuma.

Kerajaan Perancis memperuntukkan 1.8 bilion dolar tahun depan untuk membeli keperluan vaksin.

Fasa kedua pula akan menumpukan kepada 14 juta individu yang berisiko seperti mereka yang mempunyai penyakit kronik.