awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden ingin Fauci kekalkan jawatan, bantu tangani COVID-19

Saraya Mia
Saraya Mia
04/12/2020
13:18 MYT
Biden ingin Fauci kekalkan jawatan, bantu tangani COVID-19
"Saya turut suruh beliau menjawat jawatan ketua penasihat kesihatan dan menjadi sebahagian daripada kumpulan menangani COVID-19. - Joe Biden - Gambar fail
BAKAL Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengajak Pakar Penyakit Berjangkit Anthony Fauci untuk kekal berkhidmat di White House selepas peralihan kuasa 20 Januari depan.
“Saya arah beliau (Fauci) kekal dengan jawatan sedia ada di mana beliau telah berkhidmat ketika pentadbiran beberapa Presiden sebelum ini.
"Saya turut suruh beliau menjawat jawatan ketua penasihat kesihatan dan menjadi sebahagian daripada kumpulan menangani COVID-19,” kata Biden dalam wawancara bersama CNN, pada Khamis.
Selain itu, ahli Demokrat itu berkata beliau akan mengambil suntikan vaksin melawan COVID-19 jika Fauci mengumumkan ia adalah selamat, malahan berkata suntikan itu akan dilakukan secara umum.
“Ia adalah penting untuk berkomunikasi dengan rakyat AS demi meyakinkan mereka bahawa ia (vaksin) selamat untuk diambil,” tambahnya.
Bakal Presiden AS ke-46 itu turut berhasrat untuk lebih tegas dalam undang-undang pemakaian pelitup muka di tempat awam dan dijangka akan mewajibkan untuk memakai pelitup muka di bangunan persekutuan serta pengangkutan awam seperti pesawat dan bas.
Negara AS telah merekodkan peningkatan kes kematian sebanyak 2,811 pada Rabu, angka kematian harian kedua tertinggi sejak permulaan pandemik, lapor Reuters.
Setakat ini, negara Uncle Sam itu melaporkan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 14.2 juta kes, dan 276,000 kematian.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#pandemik
#Anthony Fauci
#Joe Biden
#pelitup muka
#White House
#COVID-19
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan