ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 15 Disember 2020.
1) COVID-19: Kes positif global melepasi 72.6 juta, korban hampiri 1.62 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mececah 72.62 juta berikutan lebih 540,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Kes positif global kini berjumlah 72,626,153.
2) Jururawat warga AS individu pertama disuntik vaksin COVID-19
Seorang petugas kesihatan di Pusat Perubatan Long Island menjadi individu pertama diberikan suntikan vaksin selepas Amerika Syarikat (AS) meluluskan kegunaan vaksin melawan COVID-19, pada Isnin.
Sandra Lindsay, jururawat di unit rawatan rapi (ICU) yang diberikan dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech berharap langkah itu boleh meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk turut mengambil vaksin itu.
3) Dikeluarkan daripada senarai penaja keganasan, bantu Sudan tangani isu hutang
Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok pada Isnin berkata langkah Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan Khartoum daripada senarai penaja keganasan membantu negara ini mengatasi masalah hutang dan memperbaiki persekitaran pelaburan, lapor agensi berita Xinhua.
4) Undi Elektoral sahkan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat
Joe Biden disahkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu apabila kemenangannya dirasmikan pada Isnin oleh Undi Elektoral (Electoral College) dengan 302 undian memihak kepada beliau, ketika Donald Trump masih enggan mengaku kalah.
Susulan itu, beliau menggambarkan kejayaan itu sebagai satu kemenangan terhadap demokrasi buat Amerika.
5) COVID-19: Indonesia lapor 6,120 kes baharu
Indonesia terus mencatatkan peningkatan jangkitan kes COVID-19 dengan 6,120 kes baharu dilaporkan pada Selasa.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kes di republik itu meningkat kepada 629,429 kes.
6) COVID-19: Pesakit berusia 104 tahun pulih selepas 14 hari dirawat
Seorang wanita Sepanyol berusia 104 tahun menjadi antara pesakit tertua yang berjaya pulih dari COVID-19.
Elena, dirawat selama 14 hari dan merupakan pesakit ke-4149 yang pulih dan dibenarkan keluar dari Hospital Gregorio Marañón di Madrid.
7) Serangan bom di Kabul, tiga terbunuh termasuk timbalan gabenor wilayah
Tiga termasuk seorang wakil gabenor wilayah maut dalam serangan bom dan kejadian tembak-menembak di Kabul, Afghanistan.
8) Singapura bakal buka pintu kepada pelawat asing, bersedia untuk WEF
Singapura bakal membuka pintu antarabangsanya kepada pelawat asing menerusi “travel bubble” atau gelembung perjalanan yang terhad kepada individu berprofil tinggi seperti pegawai kerajaan, ahli perniagaan atau individu yang mempunyai nilai terhadap ekonomi negara tersebut.
9) China harus terus terang mengenai kelulusan vaksin COVID-19 - Brazil
Pegawai kesihatan China dianggap tidak berterus terang tentang proses kelulusan vaksin COVID-19 bagi kegunaan kecemasan di negara itu, kata agensi pengawal kesihatan Brazil, Anvisa.
10) Singapura masuki Fasa Tiga 28 Dis, vaksin COVID-19 tiba hujung tahun ini - Lee
Singapura akan memasuki Fasa Tiga pembukaan semula ekonomi dan sosialnya pada 28 Dis ini, dan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 dijangka tiba ke sini hujung bulan ini.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Dec 15 2020
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.