awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dikeluarkan daripada senarai penaja keganasan, bantu Sudan tangani isu hutang

Bernama
Bernama
15/12/2020
02:56 MYT
Dikeluarkan daripada senarai penaja keganasan, bantu Sudan tangani isu hutang
Abdalla Hamdok pada satu sidang media di Chancellery, Berlin, Jerman, 14 Feb, 2020. REUTERS
KHARTOUM:Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok pada Isnin berkata langkah Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan Khartoum daripada senarai penaja keganasan membantu negara ini mengatasi masalah hutang dan memperbaiki persekitaran pelaburan, lapor agensi berita Xinhua.
"Ia hari yang bersejarah. Hari ini kita kembali kepada masyarakat antarabangsa. Keputusan itu membantu pelaksanaan program semasa tempoh peralihan," kata Hamdok pada sidang media di Khartoum.
Terdahulu, Kedutaan AS di Sudan secara rasmi mengumumkan Sudan dikeluarkan daripada senarai itu.
"Tempoh pemberitahuan kongres selama 45 hari telah tamat dan Setiausaha Negara telah menandatangani pemberitahuan yang menyatakan bahawa Sudan telah dikeluarkan daripada senarai Negara Penaja Keganasan berkuat kuasa hari ini (14 Dis), yang akan dimasukkan dalam Daftar Persekutuan," memetik laman Facebook kedutaan.
Pada 19 Oktober, Presiden Donald Trump menyatakan akan mengeluarkan Sudan daripada senarai itu selepas negara berkenaan membayar US$335 juta kepada rakyat Amerika yang menjadi mangsa keganasan.
Sudan dimasukkan dalam senarai penaja keganasan pada 1993.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#mangsa
#keganasan
#penaja keganasan
#Abdalla Hamdok
#Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan